fbpx
Nasional

Sang Kelembai tuduh Khairy Jamaluddin macam watak lakonan Aziz Satar, S Shamsudin

INTAI Twitter Khairy Jamaludin, terbaca ciapan beliau di dalam Bahasa Inggeris yang menafikan dakwaan dilemparkan oleh seorang pengguna media sosial, orang lama yang duduk di luar lingkungan politik tetapi amat berminat dengan pola politik tanah air, Zaharin Mohd. Yasin.

Zaharin terdahulu membuat catatan berbunyi begini: Ini bukan kisah empat dara.

Empat Dara Duduk Di Tepi Sungai Duduk Menjerat Si Ketamlah Batu… masukkk.
2. Ini kisah empat Menteri. 1. Muhyiddin Yasin. 2. Tengku Zafrul, 3. Khairy Jamaluddin dan 4. Adhan Baba … Ini betul-betul masukkk bukan dugaan.

  1. Kerajaan Belgium secara rasmi menyebut Kerajaan membayar RM1 bilion untuk 33 juta vaksin dari pembekal yang sama dibeli oleh Kerajaan Malaysia. Tetapi Kerajaan Malaysia bayar RM3 bilion untuk 10 juta vaksin.
  2. Mana perginya lebih 23 juta vaksin itu? Di jual kepada siapa? Agaknya nak cari tabung politik menghadapi PrU ke 15. Atau membahagikan hasil rompakan ini.. macam Aziz Satar dan S Shamsudin dalam gua. Selepas merompak Istana Raja. Satu untuk kau.. Satu untuk aku.

Ini sumber dari Berita Harian: Belgum membeli lebih 33 juta dos vaksin COVID-19 dengan harga keseluruhan 279 juta poun (RM1.38 Bilion Ringgit).

Zaharin yang juga menulis dengan nama pena Sang Kelembai, berjaya menarik perhatian Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi kali ini.


Khairy dalam ciapannya menyatakan, apa yang ditulis oleh Zaharin Mohd Yasin sebagai tidak betul dan tidak bertanggungjawab menyebarkan maklumat yang salah.

Dalam ciapan Zaharin itu juga, diberikannya contoh Allahyarham Datuk Aziz Satar dan pelakon popular era Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, Allahyarham S Shamsudin.

Zaharin mengaitkan hasil rompakan dari istana dibahagi-bahagikan sesama Aziz dan Sudin (pastinya Zaharin merujuk kepada  watak-watak yang dilakonkan oleh Allahayarham Datuk Aziz Satar dan Allahyarham S Shamsudin dalam filem Melayu klasik) dengan empat menteri termasuk Khairy.

(This is absolutely incorrect & it is irresponsible to be spreading such misinformation) – catatan asal Khairy dalam Bahasa Inggeris.

Sambung Khairy: RM3bn (billion) adalah anggaran keseluruhan untuk mendapat vaksin untuk 70% populasi, bukan tempahan dengan Pfizer sahaja.

Ciapan Zaharin Mohd Yasin mendapat respons daripada pengguna Twitter  Marina Ibrahim.

Tulis Marina Ibrahim, Kalau betul apa yang disampaikan…mohon disiasat. – SM

(Visited 188 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button