Nasional

Penghantar makanan wanita maut, pemandu Hilux tampil ke balai polis

SEORANG pemandu Toyota Hilux tampil bagi membantu siasatan kes kemalangan maut melibatkan seorang penghantar makanan di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) yang tular di media sosial baru-baru ini.

Mangsa sebelum ini dikatakan terbabas ketika menunggang motosikal dan terdapat beberapa dakwaan yang mengatakan berlaku pelanggaran sebelum itu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, pemandu itu tampil memberi keterangan di Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya.

“Kita telah membawa kenderaan tersebut untuk menjalani pemeriksaan di Jabatan Kimia dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

“Pemandu berkenaan juga ditahan untuk diambil keterangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, Hasil siasatan lanjut menerusi beberapa saksi bebas yang berada di lokasi kejadian mendapati kemalangan dipercayai melibatkan sebuah kenderaan lain.

Delam kejadian kira-kira pukul 6.01 petang semalam, mangsa, Wong Lai Yie, 30 dilaporkan maut selepas dipercayai terbabas kerana jalan yang basah sebelum melanggar pembahagi jalan. -SM

(Visited 522 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button