fbpx
Luar Negara

Sang buaya ‘nyawa-nyawa ikan’ gara-gara tayar tersangkut di leher

Ganjaran kepada sesiapa yang berjaya

PERNAHKAH anda mendengar lawak berbunyi, “ada kerja kosong. Gosok gigi buaya”? Itu sekadar lawak suka-suka tetapi berita yang dipaparkan di bawah ini adalah kenyataan, bukan lawak jenaka.

Pihak penguatkuasa Indonesia menawarkan ganjaran kepada mana-mana individu yang boleh menyelamatkan seekor buaya sepanjang empat meter yang lehernya tersangkut dengan tayar motosikal.

Memetik laporan portal berita CAN International Edition, keadaan buaya besar di Palu, Sulawesi Tengah itu masih bernyawa tetapi sekiranya tayar motorsikal itu tidak dikeluarkan daripada lehernya, ia pasti akan mati kerana kesukaran bernafas.

Pihak penguatkuasa tempatan telah cuba selama beberapa tahun untuk membantu buaya yang malang itu tetapi gagal.

Video yang merakamkan keadaan sang buaya itu mendapat perhatian Gabenor provinsi Palu dan beliau telah mengarahkan sumber konservarsi haiwan tempatan untuk mencari jalan bagaimanakah caranya untuk menamatkan kesengsaraan yang dialami oleh sang buaya walaupun usaha itu masih menemui jalan buntu.


Agensi berkenaan menawarkan ganjaran untuk penduduk tempatan ataupun luar daerah yang mungkin mampu untuk melaksanakan misi merbahaya itu.

Ganjaran dalam bentuk wang dikeluarkan daripada poket pihak yang menawarkannya namun beliau memberi amaran, tawaran untuk membantu sang buaya itu tidak diharapkan kepada mereka yang amatur untuk menjejaki sang buaya malang ini.

Tawaran lebih menjurus kepada kalangan mereka yang professional dan tahu bagaimana untuk berhadapan, membantu dan menyelamatkan reptilia berkenaan.

“Kita minta orang ramai jangan terlalu menghampiri buaya atau mengganggu habitatnya,” kata Hasmuni Hasmar, Ketua Agensi Sumber Asli Konservasi (Natural Resources) Sulawesi Tengah, Indonesia. – SM

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button