Luar Negara

Sudah Terbiasa Bekerja Dari Rumah, Ramai Ibu Bapa Tidak Mahu Bekerja Di Pejabat

RAMAI ibu bapa yang berkerjaya tidak mahu bekerja di pejabat kerana mereka sudah terbiasa bekerja dari rumah di samping dapat meluangkan masa bersama anak-anak mereka.

Menurut laporan BBC, seorang ibu yang bekerja di Wall Street, Ellen, dia berpeluang meluangkan masa bersama anak lelakinya sejak Covid-19 melanda.

“Setiap kali selepas mesyuarat menerusi Zoom dan mendapat panggilan kerja, saya tetap punyai masa untuk bersama anak lelaki saya walaupun sambil bekerja dari rumah.

“Ia merupakan satu peluang yang sangat berharga dan mungkin sukar untuk dilalui lagi jika semua orang perlu kembali ke pejabat,” katanya.

Ellen berkata demikian mengulas tindakan majikan yang mula memanggil pekerja untuk hadir ke pejabat namun ditentang oleh para ibu bapa.

Seorang pekerja industri perbankan, Robert menjelaskan bekerja dari rumah bukanlah sesuatu yang sukar selain dapat mengukuhkan ikatan kekeluargaan.

“Saya menyokong untuk bekerja dari rumah kerana ia menjadikan saya seorang ayah serta suami yang baik kepada anak-anak, isteri dan keluarga,” katanya.

Memetik laporan BBC, syarikat undang-undang yang berpangkalan di Chicago, Baker McKenzie memberi sedikit kelonggaran kepada warganegara United Kingom berkait hal ini.

“Bagi memberi fleksibiliti kepada ibu bapa ketika pandemik, kita telah berikan mandat minimun dua hari dan maksimum tiga hari seminggu kepada semua pekerja di UK.

“Pekerja yang merasakan syarikat tidak dapat memenuhi keperluan mereka, dinasihatkan untuk membuat keputusan seperti sukarela berhenti kerja,” kata Baker McKenzie.

Melalui tinjaun FlexJobs, 58 peratus individu yang bekerja dari rumah semasa pandemik menyatakan bahawa mereka akan mencari pekerjaan baru sekiranya majikan mereka tidak memberi kebenaran untuk bekerja dari rumah. – SM

(Visited 251 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button