fbpx
Luar Negara

Polis New York dilarang guna ‘chokehold’ ketika tahan suspek

GABENOR New York, Andrew Cuomo menandatangani rang undang-undang yang menghalang polis menggunakan kekerasan termasuk mencekik suspek.

Dalam masa sama, undang-undang baharu itu akan turut memudahkan tindakan diambil ke atas sesiapa yang menghubungi polis untuk menyiasat orang lain tanpa sebab munasabah.

Ia akan turut menubuhkan pejabat pendakwaraya khas yang akan menyiasat kematian akibat kekerasan polis.

“Cara kita bergerak ke hadapan adalah dengan memastikan polis di negeri dan negara ini duduk bersama komuniti tempatan dan menyelesaikan isu yang timbul.

“Lihat kepada punca masalah ini. Dapatkan pelan dan berikan pelan berkenaan kepada kerajaan tempatan. Jika tidak anda tidak akan dapat dana daripada negeri.


“Reformasi polis sudah lama tertangguh dan George Floyd adalah kematian terbaharu.

“Undang-undang ini bukan hanya tentang George Floyd; ia adalah berkenaan orang lain yang meninggal dunia sebelum ini,” katanya.

Undang-undang itu diluluskan oleh Ahli Parti Demokrat susulan protes seluruh Amerika Syarikat (AS) akibat kematian George Floyd di tangan anggota polis.

Undang undang ini dicadangkan lebih setahun lepas namun ia gagal mendapat sokongan pada masa itu.

Antara yang turut hadir dalam upacara mendatangani rang undang-undang itu adalah pejuang hak asasi manusia, Al Sharpton dan ibu kepada mendiang Eric Garner yang meninggal dunia akibat kekerasan polis. – ASTRO AWANI

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button