Luar Negara

Kerajaan Arab Saudi sekat kemasukan jemaah umrah

7 juta jemaah setiap tahun

GARA-GARA penularan wabak COVID-19, kerajaan Arab Saudi terpaksa mengambil satu langkah yang proaktif menghentikan buat sementara waktu, kemasukan jemaah ke negara itu bagi menunaikan umrah.

Tujuan tindakan kerajaan Arab Saudi adalah bagi membendung jangkitan wabak COVID-19.

Memetik laporan ASTRO Awani, Kementerian Luar Arab Saudi dalam satu kenyataannya memaklumkan, penggantungan itu termasuk program ziarah Masjid Nabi di Madinah.

“Penggantungan turut membabitkan individu yang menggunakan visa pelancong dari negara-negara yang terjejas akibat COVID-19,” kata kenyataan berkenaan.

Sementara itu, Arab News melaporkan, garis panduan yang dikeluarkan dalam usaha untuk mengekang virus itu termasuk menggantung perjalanan pergi ke Arab Saudi dan dari Arab Saudi bagi warganegara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang menggunakan kad pengenalan kebangsaan.

Mereka juga tidak terkecuali daripada disekat semantara masuk ke Arab Saudi.

Setiap tahun, hampir tujuh juta jemaah mengerjakan umrah di Arab Saudi dengan majoritinya adalah terdiri daripada mereka yang mendarat di lapangan terbang di Jeddah dan di Madinah. – SM

(Visited 277 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button