Ekonomi

Samaiden pindah ke Pasaran Utama

PETALING JAYA, 31 M 2023 – Samaiden Group Berhad (“Samaiden”), pakar tenaga boleh diperbaharui (“RE”) yang terlibat terutamanya dalam kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (“EPCC”) sistem fotovoltaik solar (“PV”) dan loji janakuasa dengan sukacitanya mengumumkan pemindahan keseluruhan modal saham terbitannya dan waran tertunggak daripada Pasaran ACE ke Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) pagi ini.

Penyenaraian dan sebut harga bagi keseluruhan modal saham terbitan dan waran tertunggak Samaiden telah dipindahkan dari Pasaran ACE ke Pasaran Utama Bursa Securities berkuat kuasa dari 9 pagi pada 31 Mac 2023, menandakan selesainya pemindahan itu.

Harga saham Samaiden dibuka pada 0.965 sen di awal dagangan pada pagi ini.

Pengarah Urusan Kumpulan Samaiden, Ir. Chow Pui Hee berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Securities atas kelulusan pemindahan penyenaraian, dan memudahkan pemindahan saham dan waran tertunggak Samaiden daripada Pasaran ACE ke Pasaran Utama.

” Bagi kami, ini adalah peristiwa bersejarah berikutan penyenaraian kami di Pasaran ACE Bursa Securities pada 15 Oktober 2020.” katanya di sini.

Beliau menambah, pemindahan penyenaraian Samaiden ke Pasaran Utama adalah bukti kerja yang dilakukan oleh semua orang dalam syarikat dan hasil pertumbuhan yang telah mereka saksikan.

“Kami berhasrat untuk memanfaatkan status penyenaraian Pasaran Utama kami untuk mengembangkan kehadiran pasaran kami disokong oleh rekod prestasi projek EPCC yang telah kami siapkan sambil mencari peluang berdasarkan kepakaran tenaga boleh diperbaharui kami dalam sistem fotovoltaik dan loji kuasa untuk menawarkan perkhidmatan yang diperlukan oleh perniagaan dan organisasi untuk menerima pakai operasi yang lebih mampan.” ujarnya.

Beliau menambah, pihaknya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pelabur, pelanggan dan rakan kongsi perniagaan yang telah menyokong sejak Samaiden ditubuhkan pada 2013 dan sejak penyenaraian di Pasaran ACE pada Oktober 2020.

Berhubung dengan pemindahan penyenaraian, Samaiden telah memenuhi keperluan keuntungan di bawah Garis Panduan Ekuiti SC di mana ia telah mencapai keuntungan disatukan teraudit selepas cukai yang boleh diagihkan kepada pemilik syarikat (PAT) sebanyak RM32.59 juta sepanjang empat kewangan terakhir. manakala PAT sebanyak RM11.93 juta untuk tahun kewangan terkini.

BACA
Samaiden rekod peningkatan 36 peratus dalam suku kedua

(Visited 158 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button