Ekonomi

Jual beli gajet terpakai, diperbaharui dengan CompAsia

SYARIKAT CompAsia bukan satu nama baru di negara merentasi Asia Tenggara sejak tahun 2012. Di Malaysia sendiri cawangannya terletak di Petaling Jaya.

Syarikat ini menjadi sebuah pusat pengurusan kitaran hayat peranti dan pelupusan aset teknologi maklumat.

Pendek kata dengan  mendapat dan membekalkan peranti pintar terpakai, syarikat berkenaan mampu memaksimumkan kemampuan peranti terpakai asli berkualiti sekali gus meminimumkan ‘e-waste’.

Baru baru ini dilancarkan kempen CompAsia Confident dalam usaha menjadikan ‘e-shop’ syarikat itu laman sesawang pertama membabitkan hal peranti terpakai.

Kata Pengurus Syarikat CompAsia, Julius Lim, visi mereka selama ini mahu menggalakkan penggunaan barangan elektronik terpakai dan mengelak pembuangan yang melambakkan sisa komponen terbabit.

“Kempen ini cukup memberi faedah kepada peminat gajet atau peranti elektronik. Justeru,  jika ada kerosakan dan mahu berjimat tanpa membeli produk baru, jangan fikir panjang untuk memilih dan mendapat bantuan syarikat kami.

“Semua peranti terpakai yang kami jual di e-shop CompAsia telah diperiksa oleh juruteknik profesional. Kami juga berusaha mengubah persepsi terhadap peranti terpakai kerana sebagai penjual, kami jamin semua produk kami berkualiti tinggi dan asli,” katanya.

Kata Julius Lim, pelanggan akan menikmati pelbagai kelebihan sekiranya memilih CompAsia untuk mendapatkan peranti asli terpakai.

“Kami  menjalankan pemeriksaan kualiti 32 langkah pada setiap telefon untuk memastikan alat ganti adalah 100 peratus asli dan berfungsi sebelum menjualnya kepada pelanggan. Kami juga menawarkan penghantaran percuma di seluruh negara.

“Malah pelanggan dapat berjimat sehingga 50 peratus sekiranya memilih peranti terpakai. CompAsia juga menawarkan jaminan atau waranti sehingga 12 bulan dengan pelbagai pilihan peranti kami. Pelanggan akan menerima pakej lengkap percuma (penyesuai & kabel) dengan setiap pembelian,” katanya.

Kata Julius Lim lagi, mereka turut memberi promosi potongan sebanyak RM50 untuk semua peranti dari 1 Februari hingga 31 Mac depan.

“Boleh tebus atau guna kod promosi, BUYCOMPASIA bernilai RM50 itu untuk semua peranti. Kami juga menawarkan pelan ‘Replace Plus’, iaitu sebuah pelan yang membenarkan anda untuk menukar peranti dengan alasan apa pun dengan bayaran tambahan. Selain itu, sekiranya pelanggan ingin menjual peranti sama ada berfungsi atau tidak, mereka boleh melakukannya melalui aplikasi InstaCash.

“Mereka hanya perlu Muat turun aplikasi, Jalankan diagnostik, Tunggu rakan penghantar kami mengambil peranti dari mereka secara percuma. Kemudian mereka akan dibayar serta merta. Lebih mudah boleh rujuk atau klik pautan https://bit.ly/3g7SBw9” katanya.

Syarikat yang bertujuan menyelamatkan alam sekitar dengan kitar semula barangan elektronik dan menjimatkan nilai wang pelanggan ini berkembang di seluruh Asia Tenggara, di sembilan negara dan mempunyai 40 rakan kongsi seluruh dunia. -SM

(Visited 353 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button