Ekonomi

Samaiden rekod peningkatan 36 peratus dalam suku kedua

PETALING JAYA 21 Feb. – Samaiden Group Berhad (Samaiden), pakar tenaga boleh diperbaharui (RE) merekod peningkatan 36.28 peratus dalam pendapatan kepada RM40.23 juta bagi suku kedua berakhir 31 Disember 2022 (suku kedua 2023) berbanding RM29.52 juta pada suku yang sama tahun kewangan sebelumnya.

Syarikat yang terlibat di dalam kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan, dan pentauliahan (EPCC) sistem fotovoltaik solar (PV) dan loji janakuasa itu turut merekodkan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak 10.48 peratus kepada RM3.48 juta pada suku kedua 2023 berbanding RM3.15 juta bagi suku kedua tahun kewangan 2022 manakala keuntungan selepas cukai (PAT) meningkat 14.60 peratus kepada RM2.59 juta berbanding RM2.26 juta.

Pengarah Urusan Kumpulan Samaiden, Ir. Chow Pui Hee berkata, pihaknya melihat inisiatif kerajaan menggalakkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui (RE), terutamanya Program Tenaga Hijau Korporat 600MW yang dilancarkan pada November lepas yang akan memacu penggunaan kemampanan.

“Selain itu, kenaikan tarif elektrik bermula Januari 2023 juga menjadi pemangkin kepada pembangunan industri RE di Malaysia ” katanya di sini hari ini.

Bagi separuh pertama berakhir 31 Disember 2022 (separuh pertama tahun kewangan 2023), peningkatan 52.14 peratus kepada RM81 juta berbanding RM53.24 juta bagi tempoh yang sama bagi tahun kewangan 2022 manakala keuntungan sebelum cukai naik 14.77 peratus kepada RM6.76 juta berbanding RM5.89 juta. Keuntungan selepas cukai pula meningkat RM5.04 juta berbanding RM4.32 juta bagi tempoh yang sama.

Bagi suku di bawa kajian, perkhidmatan EPCC menyumbang kira-kira 99.45 peratus kepada perolehan Samaiden manakala pendapatan selebihnya datang daripada pelaburan aset tenaga, perundingan alam sekitar dan operasi dan penyelenggaraan.

Mengulasl lanjut inisiatif dan langkah tersebut merupakan peluang yang boleh dimanfaatkan sama ada untuk menyediakan perkhidmatan EPCC untuk sistem PV solar atau membolehkan Samaiden mengambil bahagian sebagai pelabur dalam semua aset solar ini.

“Pihaknya juga akan terus memanfaatkan kecekapan dan pengalaman teras kami untuk menyediakan perkhidmatan hujung ke hujung untuk PV solar yang berpotensi dan projek bukan solar yang lain.

Bagaimanapun, kami tetap optimis untuk melabur di Asia Tenggara, kerana banyak negara jiran mengutamakan peralihan tenaga sebagai objektif nasional utama mereka. Kami optimistik secara berhati-hati mengenai prestasi Samaiden untuk baki FY2023,” katanya lagi.

Jumlah buku pesanan tertunggak Samaiden berjumlah RM269.54 juta setakat 31 Disember 2022 dan dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan keuntungan dalam tempoh tiga tahun akan datang.

(Visited 80 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button