Ekonomi

Bursa kembali meningkat untuk dibuka lebih tinggi pagi ini

BURSA Malaysia kembali meningkat daripada kerugian Isnin untuk dibuka lebih tinggi pada Selasa (10 Mei) disebabkan aktiviti memburu saham-saham berharga rendah, kata seorang peniaga.

Pada 9.20 pagi, penanda aras FBM KLCI telah meningkat 5.54 mata kepada 1,554.72 daripada 1,549.18 pada akhir urus niaga semalam.

Indeks dibuka 2.37 mata lebih tinggi kepada 1,551.55.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 470 berbanding 120, manakala 241 kaunter tidak berubah, 1,412 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 444.24 juta saham bernilai RM212.97 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata, walaupun pasaran menjangkakan akan mengalami beberapa aktiviti memburu saham-saham murah, sentimen keseluruhan kekal berhati-hati terhadap peningkatan turun naik pasaran serantau.

“FBM KLCI ditutup rendah di bawah paras 1,550 semalam (Isnin) disebabkan jualan berterusan oleh dana asing, justeru kami menganggap indeks itu berada dalam aliran dalam julat 1,540-1,555 hari ini (Selasa),” katanya kepada agensi bertia tempatan.

Antara saham wajaran tinggi, Petronas Gas Bhd menokok 28 sen kepada RM17.16, Public Bank Bhd naik lapan sen kepada RM4.64, PPB Group Bhd meningkat 30 sen kepada RM16.68 dan Hartalega Holdings Bhd menokok 11 sen kepada RM4.39.

Bagi saham aktif pula, Serba Dinamik Holdings Bhd menguncup 2.5 sen kepada 8.5 sen, Ta Win Holdings Bhd kekal tidak berubah pada 13 sen dan Pertama Digital Bhd menokok setengah sen kepada 94 sen, manakala Hibiscus Petroleum Bhd susut lima sen kepada RM1.32.

Baca artikel ini juga > Saham Serba Dinamik tinggal 10 sen

Di papan indeks, FBM ACE susut 33.59 mata kepada 5,349.42, FBM 70 susut 40.47 mata kepada 13,184.08 dan Indeks FBM Emas Shariah turun 12.25 mata kepada 11,515.72, manakala Indeks FBMT 100.93 naik kepada 63. Indeks FBMT 100.3 dan FBMT 100 naik 63.03. mata kepada 11,087.44.

Dari segi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 52.67 mata kepada 16,660.71, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 1.76 mata kepada 198.43, dan Indeks Perladangan susut 48.79 mata kepada 8,202.64. – SM

(Visited 128 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button