Nasional

Projek perumahan terbengkalai bernilai RM201.75 bilion

Statistik menunjukkan terdapat sebanyak 230 projek lewat dan 462 projek sakit manakala 115 projek
pula telah disahkan sebagai projek terbengkalai.

Kesemua projek lewat, sakit dan terbengkalai yang terkini membawa nilai pembangunan kasar (Gross Development Value – GDV) sebanyak RM201.75 bilion.

Nilai ini menunjukkan terdapat pengurangan kepada bilangan projek lewat, sakit dan terbengkalai berbanding
statistik sehingga 31 Januari 2024.

Timnalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu,dalam kenyataan memberitahu, beliau telah mempengerusikan mesyuarat Task Force Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai (TFST)  pada 26 Mac 2024.

Katanya, Task Force Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai (TFST) masih kekal sebagai salah satu agenda utama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan fokus yang lebih bersasar dan strategik.

Katanya, menambah baik kepada Terms of Reference (TOR) TFST sedia ada iaitu Track, Resolve, Preventive dan Forward Modelling, gerak kerja TFST pada tahun 2024 turut meliputi langkah mencari penyelesaian dan penambahbaikan dalam kecekapan tadbir urus melalui teknologi dan pindaan kepada perundangan sedia ada.

“Sehingga 29 Februari 2024, sebanyak 88 projek iaitu sebanyak 10,560 unit perumahan swasta telah berjaya dipulihkan dengan nilai Pembangunan Kasar (Gross Development Value – GDV iaitu sebanyak RM8.23 bilion.

“Jumlah projek yang berjaya ini merangkumi 81 projek yang telah berjaya mendapat Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (Certificate of Completion and Compliance – CCC), lima (5) projek yang berstatus sakit kembali menjadi lancar dan dua (2) projek terbengkalai telah berjaya dipulihkan,” katanya.

Tambah beliau lagi, dua projek perumahan swasta terbengkalai yang telah berjaya diselesaikan tersebut ialah Taman Daya (Astana Square), Kepong, Selangor yang telah memperoleh Sijil Kelayakan Menduduki (Certificate of Fitness For Occupation – CFO) dan Perpaduan Heights Fasa 1 & 2, Kuala Pilah, Negeri Sembilan yang dilaksanakan melalui kaedah penyelesaian pembeli oleh Kerajaan Negeri.

Katanya, data-data terkini bagi projek sakit dan terbengkalai bagi pelaporan sehingga 29 Februari 2024. Statistik menunjukkan terdapat sebanyak 230 projek lewat dan 462 projek sakit manakala 115 projek pula telah disahkan sebagai projek terbengkalai. Kesemua projek lewat, sakit dan terbengkalai yang terkini membawa nilai pembangunan kasar (Gross Development Value – GDV) sebanyak RM201.75 bilion. Nilai ini menunjukkan terdapat pengurangan kepada bilangan projek lewat, sakit dan terbengkalai berbanding statistik sehingga 31 Januari 2024.

“Sepanjang dua2 bulan pertama, lawatan tapak dan pemantauan secara rapi merupakan agenda tetap dan dipergiatkan oleh pasukan KPKT dalam usaha memperkukuhkan salah satu daripada empat elemen utama TOR TFST iaitu melaksanakan pemantauan secara secara berterusan (Resolve).

Bagi suku tahun pertama 2024, sejumlah empat lawatan tapak projek perumahan swasta lewat dan sakit telah diadakan di Shah Alam, Selangor (1 projek), Langkap, Perak (1 projek) dan Seberang Perai, Pulau Pinang (2 projek).

Libat urus bersama Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi-agensi teknikal terus diadakan di tapak projek bagi mencapai kata sepakat dan penyelesaian terhadap isu-isu pembangunan projek yang berbangkit. Seterusnya, pemaju sedang mengambil tindakan bagi memenuhi syarat untuk penyiapan projek.

“TFST juga perlu mempergiatkan aktiviti libat urus bersama agensi teknikal, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), institusi kewangan, turun padang serta pemantauan menyeluruh terhadap kemajuan projek
perumahan swasta lewat, sakit dan juga projek terbengkalai terutamanya yang sedang dipulihkan.

“TFST juga akan berusaha dan bergiat aktif bagi memastikan unjuran projek perumahan swasta sakit berakhir pada Disember 2024 adalah kekal atau kurang daripada 505 projek perumahan sakit sepertimana yang disasarkan,” kata Aiman Athirah.

Katanya, KPKT sedia bekerjasama dengan pihak-pihak yang berkepentingan serta sentiasa komited untuk menangani masalah projek sakit dan terbengkalai di seluruh negara bagi menjayakan agenda utama KPKT ini demi kesejahteraan para pembeli rumah yang terjejas. – SM

(Visited 10 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button