Nasional

Penganggur ditahan SPRM kerana minta rasuah RM5,000

SEORANG penganggur ditahan reman selama lima hari kerana meminta rasuah sebanyak RM5,000 serta lima peratus daripada permohonan dana geran filem bernilai RM1.8 juta daripada sebuah syarikat produksi sebagai dorongan untuk mendapatkan sokongan daripada timbalan menteri terhadap permohonan tersebut.

Tempoh reman bermula hari ini sehingga 6 April depan itu dibenarkan oleh Majistret Wong Chai Sia di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut sumber, lelaki berusia 38 tahun tersebut ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur pada pukul 5.30 petang di Putrajaya, semalam bagi membantu siasatan.

Katanya, suspek telah menyamar sebagai pegawai khas kepada seorang timbalan menteri daripada sebuah kementerian dan meminta rasuah daripada syarikat produksi berkenaan dengan menyatakan sokongan daripada timbalan menteri akan memudahkan lagi proses untuk memperoleh dana tersebut.


Pengarah SPRM KL, Razaliah Ab. Rahman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009. -SM

(Visited 55 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button