Alam SekitarLuar Negara

Saintis UK beri amaran pemanasan global sebabkan tumbuhan berbunga awal

SAINTIS di United Kingdom (UK) pada hari Rabu mengatakan peningkatan suhu menyebabkan beberapa tumbuhan berbunga sebulan lebih awal, menimbulkan risiko kerosakan akibat salji beku dan mengganggu kitaran pemakanan haiwan.

Satu kajian yang dijalankan oleh penyelidik di Universiti Cambridge melihat lebih daripada 400,000 bunga daripada 406 spesies pokok termasuk pokok renek, herba dan pokok anggur di seluruh UK.

Mereka mendapati purata tempoh berbunga pertama antara tahun 1987 dan 2019 adalah 30 hari lebih awal daripada tarikh median pada tahun 1753 dan 1986.

Corak berbunga pula disimpan dalam pangkalan data yang dipanggil ‘Nature’s Calendar’, yang mengandungi pemerhatian daripada saintis, naturalis dan tukang kebun amatur dan profesional selama lebih daripada 200 tahun.

Hasilnya amat membimbangkan kerana ancaman ekologi yang ditimbulkan oleh proses berbunga awal ini, kata Profesor Ulf Buntgen, yang mengetuai penyelidikan.

Buntgen menambah bahawa cuaca seperti musim bunga di UK boleh menjadi lebih biasa berbanding Februari yang lebih sejuk, jika suhu global terus meningkat pada kadar semasa.

Perubahan kitaran yang pantas ini boleh memberi kesan kepada hutan, pertanian dan taman.

Dalam pada itu, risiko jika tanaman berbunga awal adalah salji beku boleh membunuh atau merosakkan bunga yang mekar terlalu awal.

Bagaimanapun, para penyelidik berkata, ancaman terbesar ialah hidupan liar seperti burung dan serangga yang telah berevolusi, di mana peringkat perkembangan mereka sejajar dengan corak berbunga tumbuhan mereka harapkan untuk terus hidup.

Jika kitaran ini tidak berada dalam fasa yang sama, hasilnya dirujuk sebagai ketidakpadanan ekologi.

“Tumbuhan tertentu yang berbunga akan menarik serangga dan burung tertentu, namun jika satu komponen bertindak balas dengan lebih cepat daripada yang lain, terdapat risiko ia tidak selari, yang boleh menyebabkan spesis itu hilang jika tidak dapat menyesuaikan diri dengan cepat,” kata Bentgen dalam satu kenyataan.

Selain itu, peralihan terbesar kepada pembungaan yang lebih awal iaitu pada 32 hari, ditemui pada tumbuhan yang menjalani penyesuaian genetik yang cepat yang merupakan perubahan yang sangat besar.

Buntgen berkata, lebih banyak data diperlukan untuk mengkaji kesan pembungaan awal terhadap ekosistem yang lebih luas.

Bulan lalu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan bahawa suhu pada tujuh tahun lalu adalah yang paling panas dalam rekod, dengan purata suhu global pada tahun lalu sekitar 1.11 darjah Celcius melebihi paras pra-perindustrian. – SM

(Visited 192 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button