fbpx
Luar Negara

Arab Saudi tutup semula 71 masjid

KERAJAAN Arab Saudi menutup semula 71 buah masjid bagi memnolehkan kerja-kerja nyah cemar dilakukan.

Tindakan itu diambil ekoran negara itu kembali mencatatkan kes Covid-19 tertinggi dalam sehari dengan 3,369 kes pada Isnin.

Itu merupakan jumlah tertinggi sejaka wabak itu bermula pada Mac.

Pada 31 Mei lalu, Arab Saudi telah memberikan lampu hijau untuk membuka semula 90,000 masjid di seluruh negara yang telah ditutup selama dua bulan dengan syarat para jemaah melakukan penjarakan sosial dua meter antara satu sama lain, menggunakan penutup muka dan membawa sejadah sendiri.

Pihak berkuasa kesihatan negara itu memberitahu jumlah kematian yang dicatatkan pada Isnin ialah 34 orang menjadikan jumlah keseluruhan 746 orang.


Ini merupakan hari ketiga berturut-turut jumlah kes Covid-19 yang disahkan melebihi angka 3,000, peningkatan yang membimbangkan berbanding sebulan lalu di mana kadar peningkatan separuh daripada angka tersebut. – Arab News

(Visited 5 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button