NegeriPolitik

RUU Enakmen Sumber Air Negeri Perlis 2023 dilulus

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Sumber Air Negeri Perlis 2023. Setelah 12 tahun akhirnya Enakmen Air Negeri Perlis 2011 telah dimansuhkan.

Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli berkata, sebelum ini enakmen lama mempunyai banyak halangan dalam pelaksanaannya.

“Enakmen Air 2011 tidak pernah dipinda berbanding Kedah, Melaka, Kelantan dan Terengganu yang telahpun berbuat demikian,” katanya pada sidang media selepas Penggal Persidangan Pertama
Dewan Undangan Negeri Perlis Ke-15 pada 8 dan 9 Ogos.

Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebelum itu sebulat suara bersetuju enakmen ini setelah bacaan kali ketiga oleh Mohd Shukri Ramli.

Mohd Shukri berkata, dalam enakmen lama juga terdapat kekangan dari segi tafsiran yang diguna pakai, liputan aktiviti berkaitan sumber air terhad serta peruntukan undang-undang.

“Ini menyebabkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) tidak dapat menjalankan fungsi dan tanggungjawab dengan berkesan,” katanya.

Mohd Shukri berkata, dengan enakmen baharu ini, perundangan berkaitan penjagaan, pemeliharaan dan pemuliharaan sumber air di Perlis akan diperkemaskan.

“Ia termasuk menaikkan hukuman penalti kepada RM100,000 berbanding sebelum ini hanya antara RM10,000 ke RM50,000,” katanya.

Mohd Shukri berkata, juga ditambah kutipan penalti ke atas sesiapa yang melakukan pencemaran di mana mesti memperbaiki semula kerosakan yang telah dibuat.

Katanya, dengan enakmen baharu juga membolehkan kawalan sumber air lebih menyeluruh di mana akan bermula dari punca sehingga ke hulu sungai. – SM

BACA Dari Kedah masuk ke perairan Perlis curi benih kerang 820 kilogram

BACA Malaysia Airlines promosi Perlis dalam “Going Places”

(Visited 128 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button