Politik

Najib Razak selar Guan Eng masih tak berani jawab

BEKAS Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, didakwa masih tidak berani menjawab hal berkaitan tuntutan cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Tuntutan LHDN itu bernilai RM1.7 bilion dibuat kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung satu dana didakwa sebagai pendapatan.

Justeru, Guan Eng masih lagi dituntut menjelaskan bentuk cukai yang perlu dijelaskan oleh Najib Razak ketika beliau menjadi menteri bersama Kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Ia adalah melibatkan dana yang sebelum ini dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang bernilai RM2.6 bilion.

“Saya hendak tanya dia kenapa dana yang disebut RM2.6 bilion masih dikira sebagai pendapatan walaupun telah dikembalikan kepada penghantar empat bulan kemudian.

“Lepas itu, ia dikenakan denda penalti 45 peratus tambah 10 peratus tambah lima peratus pula sehingga sampai ke RM1.7 bilion.

“Saya nak tanya dia jika ini satu bentuk salahguna kuasa kerajaan untuk menekan lawan politik dan siapa yang terlibat.

“Jawapan Guan Eng? ‘Jangan tanya saya. Pergi berurus dengan LHDN walaupun masa tuntutan cukai itu dibuat pada saya, saya dapat maklumat dari pihak dalaman LHDN sendiri bahawa ini adalah arahan politik untuk sengaja melanggar cara pengiraan cukai untuk mengenakan saya.’

“Berani buat tapi tak berani jawab. Tak apa, masih ada hari esok.”

Kata Najib Razak yang juga merupakan Ahli Parlimen Pekan dalam satu kenyataan menerusi hantaran Facebooknya hari ini.

Tambahnya, beliau bersedia untuk berada dalam sesi penerangan mengenai hal tersebut secara langsung bersama Guan Eng serta bekas penasihat untuk LHDN, Tony Pua.

Beliau juga berkata demikian mengulas sikap pemimpin-pemimpin PH yang dikatakan tidak konsisten dalam mengeluarkan tuduhan terhadapnya.

Antara yang pemimpin yang dipetik adalah dari Parti Amanah Negara (PAN) Faiz Fadzil dan orang kanan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Abdul Kadir Jasin.

Katanya, kedua-dua sosok pembangkang itu turut membuat tuduhan terhadapnya namun tidak berani menyahut cabaran.

“Berani tuduh saya dan berani salahgunakan kuasa terhadap saya, tapi tak berani sambut cabaran saya.

“Semalam saya tanya Faiz Fadzil sejak bila saya pernah kata saya tak kenal Jho Low. Jawapan Faiz? ‘Krik … krik … krik.’

“Saya juga tanya pemimpin Pejuwang merangkap Towkay MRCP Pak Kadir (Abdul Kadir) jika dana yang disebut RM2.6 bilion itu telah dipulangkan kepada penghantar empat bulan selepas diterima dan bukan disonglap Najib untuk beli handbag.

“Saya juga tanya dia kenapa kerajaan masa boss dia (Dr. Mahathir) jadi PM (Perdana Menteri) tukar hakim kes SRC saya selepas perbicaraan SRC bermula dan menggantikannya dengan hakim baru yang hanya ada satu tahun pengalaman di mahkamah komersial?

“Akibatnya, kes SRC saya adalah kes jenayah pertama mahkamah tinggi bagi hakim tersebut.

“Jawapan Pak Kadir? ‘Krik … krik … krik’,” ujarnya. – SM

(Visited 1,421 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button