NasionalPolitik

Siti Kassim akan bertanding untuk PRU15

PEGUAM dan aktivis, Siti Kasim mengumumkan bahawa beliau akan bertanding di kawasan parlimen Batu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Perkara itu telah diumumkan oleh Gerak Independent di mana Siti Kasim menjadi salah seorang calon dalam kumpulan berkenaan yang akan bertanding di beberapa kerusi pada PRU15.

Pada sidang media hari ini, Gerak Independent mendedahkan enam calon yang akan diletakkan dalam PRU15, dengan lebih banyak calon akan diumumkan.

Siti berkata, kumpulan itu telah mengenal pasti 15 kawasan, tetapi tidak akan meletakkan lebih daripada 10 calon.

Calon lain yang disahkan oleh Gerak Independent ialah Ravee Suntharelingam (Wangsa Maju), KJ John (Petaling Jaya), Charles Chow (Subang), Roland Cheng (Kota Kinabalu) dan Tawfik Ismail.

Dalam pada itu, Tawfik, yang merupakan anak kepada Timbalan Perdana Menteri Kedua, Dr Ismail Abdul Rahman dan juga bekas ahli parlimen Sungai Benut, masih belum membuat keputusan tempat untuk bertanding.

“Saya boleh bertanding di Pontian atau Simpang Renggam, yang merupakan bekas kawasan saya di Sungai Benut dan saya juga boleh bertanding di Mersing, Pagoh, Ampang atau Langkawi,” kata Tawfik.

Antara Dewan Undangan Negeri (DUN) lain yang disasarkan oleh Gerak Independent ialah Segamat, Tebrau, Batu Pahat, Bandar Tun Razak, Sandakan, Batu Sapi dan Gombak. – SM

(Visited 494 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button