JenayahNasionalUncategorized

Bekas pengarah ditahan SPRM disyaki terima rasuah

MELAKA 17 Februari – Seorang bekas pengarah sebuah agensi awam kerajaan ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka petang ini selepas disyaki menerima rasuah ketika berkhidmat di negeri ini.

Menurut sumber, lelaki berusia 55 tahun itu dipercayai menerima wang rasuah sewaktu berkhidmat sebagai pengarah antara 2017 hingga 2019.

Ujarnya, lelaki berkenaan telah meluluskan tender penyelenggaraan dan pembekalan bernilai RM31,629 dan suspek disyaki menerima sebahagian daripada nilai tersebut atas tujuan peribadi.

“Suspek ditahan ketika hadir di pejabat SPRM Melaka di sini kira-kira pukul 4.55 petang ini,” ujar sumber itu hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Tuan Mohd Shahril Che Saad ketika dihubungi mengesahkan mengenai tangkapan tersebut.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009. Suspek akan dihadapkan di Mahkamah Seksyen Ayer Keroh, Melaka esok (Jumaat) untuk menjalani pertuduhan. -SM

 

(Visited 978 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button