fbpx
Politik

Isu kapal A+: Guan Eng, Tony terdiam – Najib

PEMIMPIN DAP yang juga Ahli Parlimen Bagan dan Damansara, Lim Guan Eng dan Tony Pua terdiam susulan isu kapal layar mewah A+ dijawab.

Malah mereka dikatakan tidak berani mendedahkan pemilik sebenar kapal tersebut yang dahulu dikenali sebagai Topz bernilai 688 juta Dolar Amerika Syarikat (USD) itu.

“Terus terdiam berdua itu selepas dicabar beritahu siapa yang dituduh salahgunakan dana 1MDB untuk membeli kapal mewah Topaz bernilai US$688 juta (RM2.93 bilion).

“Guan Eng dan Tony Pua berani tuntut kerajaan sita kapal itu.

“Tetapi tak berani beritahu penyokong mereka siapa pemilik sebenar kapal.”

BACA > Sarawak guna autonomi Laksana PPSMI, iktiraf UEC — Suara Merdeka

Demikian tempelak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi kenyataannya dalam Facebook har ini.

Beliau berkata demikian menempelak tindakan Guan Eng dan Tony berhubung tindakan mereka mempersoalkan kewujudan sebuah lagi kapal layar selain Equanimity.

Menurutnya, kapal A+ itu dipercayai dibeli dengan menggunakan dana berkaitan 1Malaysia Development berhad (1MDB).

Bagaimanapun, Najib kemudian mencabar mereka menyerahkan notis pertukaran hak milik bagi mendedahkan siapa pemilik sebenarnya.

Namun, Najib sifatkan mereka sebagai tidak berani menyerahkan notis tersebut selepas menyedari siapa pemilik sebenar kapal layar mewah itu.

“Najib mendesak Lim (Guan Eng) dan Pua (Tony) menjelaskan kepada penyokong mereka mengapa mereka mendakwa beliau mencuri wang 1MDB.

“Sedangkan orang yang membeli dan memiliki kapal layar mewah itu adalah individu dari negara lain,” kata Najib sebelum ini.

NAJIB RAZAK

Terdahulu, Suara Merdeka memetik kenyataan Ahli Parlimen Pekan itu yang menyatakan pemilikan kapal tersebut dijelaskan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ).

BACA > Mural gergasi Agong, pemimpin diconteng, ditulis perkataan keji — Suara Merdeka

Katanya, A+ dimiliki Timbalan Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mansour Zayed Al Nahyan yang juga anggota kerabat diraja Abu Dhabi.

Sheikh Mansour juga merupakan Pengerusi International Petroleum Inestment Co. (IPIC).

Jelas Najib lagi, kerajaan Barisan Nasional sebelum ini membuat perjanjian penyelesaian dengan Abu Dhabi berhubung pemulangan semula dana berkaitan 1MDB itu.

Bagaimanapun, apabila Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan, mereka bertindak mencuba untuk membatalkan perjanjian tersebut.

PH dikatakan menfailkan saman kepada kerajaan Abu Dhabi di Mahkamah Tinggi London.

Najib mendakwa, tindakan tersebut dikatakan mahu mengubah status wang 1MDB itu daripada ‘menunggu untuk dipulangkan’ kepada ‘hilang’.

“Jika perjanjian penyelesaian dipersetujui dan semua wang diperoleh semula berdasarkan perjanjian penyelesaian.

“Maka kerajaan PH tidak akan dapat menuduh saya di mahkamah.

“Itu mungkin menyebabkan Malaysia mendapatkan kembali duit tersebut pada jumlah yang lebih rendah berbanding perjanjian penyelesaian.

BACA > Guan Eng, Tony Pua tidak berani serah notis – Najib — Suara Merdeka

“Hubungan negara dengan UAE mungkin terjejas teruk berikutan tindakan PH itu,” jelasnya. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button