NasionalNegeri

Ribut: Raja Muda terharu sikap proaktif pelbagai pihak salur bantuan

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail amat terharu di atas sikap proaktif dan keprihatinan pelbagai pihak dalam menyalurkan bantuan pantas kepada mangsa-mangsa yang menerima ujian ribut yang melanda negeri ini pada 12 Julai 2022 baru-baru ini.

Baginda juga berdoa semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan.

Demikian titah Tuanku Syed Faizuddin Putra  selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berjumlah RM21,000 kepada seramai 30 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah Masjid Al Rashid Kubang Perun, Mata Ayer untuk diagihkan RM700 setiap seorang oleh amil kariah Kampung Behor Masjid, Abdul Latiff Hassa, petang semalam.

Menambah mengenai perkara yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor memaklumkan bahawa menjunjung perkenan Tuanku Raja Muda selaku Tuanku Yang DiPertua MAIPs, pihak MAIPs telah memproses dan seterusnya mengagihkan sumbangan secara berjadual pada rabu, khamis dan jumaat 13, 14 dan 15 Julai 2022 dengan perincian kepada 89 orang mangsa yang menerima melalui 3 kaedah berikut:

Pertama, ‘Bantuan Kewangan’ kepada 67 penerima.

Permohonan melalui ‘Borang Bantuan Bencana MAIPs’ lulus terus kepada pemohon atau mangsa (Senarai nama seperti nama disertakan – Boleh jua rujuk dalam sistem asnaf.maips.gov.my/semak).

Kedua, ‘Bantuan Baikpulih Rumah’ kepada 22 orang penerima yang dibantu melalui Masjid merangkumi zon berikut terdiri daripada Zon Utara 6 buah terdiri daripada Oran: 3, Baroh 1 dan Felcra Lubuk Sireh 2; Zon Tengah 6 buah meliputi Kurong Batang 3, Abi 1, Batu Lima 1, Wang Bintong 1 dan Zon Timur 10 buah merangkumi Kubang Perun 4, Panggas 6.

Beliau meminta supaya dirujuk dengan Amil Kariah Masing-masing untuk mengetahui sama ada bantuan boleh dipertimbangkan oleh pihak Masjid melalui Baikpulih Mikro MAIPs Khas atau tidak.

Ketiga, ‘Bantuan Baikpulih Penuh Oleh MAIPs’ kepada mangsa mengambil kira kemusnahan. Penerima ini akan disediakan ‘Bill of quantity’ dan baikpulih akan dilaksanakan oleh MAIPs. (*Sila Rujuk dengan Amil Kariah Masing-masing untuk mengetahui sama ada bantuan boleh dipertimbangkan oleh pihak MAIPs atau tidak). – SM

(Visited 162 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button