Nasional

Negeri Sembilan sediakan 37 pusat pemberian vaksin

SEBANYAK 37 klinik kesihatan akan menjadi pusat pemberian vaksin di Negeri Sembilan dengan petugas barisan hadapan di negeri ini akan mula menerima suntikan vaksin fasa pertama bermula esok.  

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, sebanyak 10,000 dos vaksin sudah diterima negeri ini hari ini bagi tujuan tersebut.

“Kami belum menerima jumlah kesuluruhan petugas barisan hadapan tersebut, bagaimanapun saya menganggarkan kira-kira 10,000 dos vaksin telah diterima di negeri ini untuk fasa pertama. 

“Sebanyak 37 buah klinik kesihatan di negeri ini akan terlibat dan petugas barisan hadapan yang akan menerima vaksin berkenaan termasuklah doktor, jururawat, anggota tentera, polis, anggota Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), Rela, pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk pegawai daerah dan ia akan diselaras oleh Jabatan Kesihatan negeri,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri hari ini. 

Untuk fasa kedua dan ketiga pula katanya, kerajaan negeri sedang dalam perundingan menyediakan dewan untuk digunakan bagi tujuan pemberian vaksin.

“Bagi fasa dua dan ketiga nanti kami akan menyediakan dewan dan turut menyiapkan senarai keperluan sebelum dewan dibenarkan operasi sebagai tempat menerima suntikan kelak,” katanya. -SM

(Visited 232 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button