BeritaNasionalNegeriPendidikan

Raja Puan Muda berbangga penglibatan pelajar Webinar YTF -10 Titian Kasih

RAJA Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil menzahirkan rasa bangga di atas penglibatan para pelajar di negeri ini ketika menyertai ‘Webinar Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) Siri Ke-10: Program Titian Kasih’ yang telah berlangsung secara dalam talian pada 30 Jun, baru-baru ini.

Ia menunjukkan kepekaan para pelajar dengan isu-isu terkini berkaitan pengetahuan am, ilmu tentang negeri sendiri, isu semasa, budaya dan juga kearifan tempatan.

Demikian titah Baginda selepas berkenan menyempurnakan sesi menandatangani surat-surat ucapan terima kasih kepada semua para fasilitator dan juga barisan urusetia yang terlibat dalam menjayakan webinar khas anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dengan kerjasama YTF dan juga Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis itu.

Raja Puan Muda merangkap Pengerusi YTF turut merakamkan penghargaan kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Naharudeen Othman di atas kerjasama dan komitmen yang diberikan.

Menurut Baginda, penglibatan para pelajar yang aktif amat digalakkan bagi memberi peluang kepada diri mereka sendiri merasai pengalaman kehidupan yang diterapkan melalui Program Titian Kasih bertemakan “Perlis Hebat! Rakyat Bermentaliti Kelas Pertama Dalam Segala Tindakan” tersebut.

Oleh itu, pihak berwajib juga perlu memastikan wujudnya persekitaran bidang pendidikan yang lebih inklusif dan berdaya maju.

Tuanku Hajah Lailatul Shahreen turut berterima kasih kepada para guru yang turut berkongsikan pengalaman masing-masing yang boleh dimanfaatkan oleh para pelajar.

“Komitmen guru demi menyediakan anak-anak pelajar dalam menghadapi cabaran global juga adalah sangat membanggakan,” mengakhiri titah Baginda. – SM

(Visited 175 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button