Nasional

PRN Sabah: PCS parti anti polisi UMNO, bukan anti Melayu

PARTI yang kini diterajui oleh bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, Parti Cinta Sabah (PCS) akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Jika benar PCS meletakkan calonnya, maka PCS akan berebut di lebih 37 kerusi iaitu lebih separuh daripada 73 kerusi yang akan dipertandingkan.

PCS memberi gambaran jelas bahawa mereka bertanding pada PRN Sabah kali ini adalah untuk menubuhkan kerajaan negeri, itu pun kalau menang dan mendapat majoriti.

Bagaimanapun, kesahihan PCS bertanding di PRN Sabah hanya akan diketahui selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat pengumuman.

Timbalan Presiden PCS, Wilfred Bumburing membuat percaturan kerusi yang akan diletakkan calon tetapi pengumuman tentang jumlah kerusi yang akan diletakkan calon, hanya akan diumumkan oleh ‘bos’ mereka, Anifah selaku Presiden PCS.

Tidak boleh melangkau Presiden, Bumburing hanya boleh menyatakan PCS mahu membentuk kerajaan negeri Sabah.

Kata beliau lagi, sambutan baik diterima daripada orang ramai sehinggakan borang keahlian PCS yang original, habis tanpa menyatakan, berapa banyakkan borang yang dicetak.

Jadi, sesiapa yang mahu menyertai PCS masih boleh berbuat demikian dengan mengisi borang salinan.

Kata Bumburing, “Bangsa Sabah ini, mereka sudah menyampah dengan Warisan namun tiada hala tuju.

“Dan sebelum PCS dijenamakan semula, mereka tidak tahu mahu ke mana.

“Dan oleh itu selepas parti ini dijenamakan semula, ia mendapat sambutan luar biasa.”

Kenyataan tegas Bumburing itu hanya akan menjadi realiti sekiranya PCS dapat membentuk kerajaan negeri. Tetapi sehingga kini, bangsa Sabah perlu tunggu dan lihat.

Bumburing yakin bahawa parti itu, PCS mendapat sambutan kerana ia satu-satunya parti berbilang kaum yang mempunyai matlamat jelas untuk menubuhkan kerajaan.

“Jika kita lihat STAR, berapa kerusi mereka mahu tanding? Begitu juga dengan PBS (Parti Bersatu Sabah).

“Walaupun memiliki lebih 40 bahagian tetapi kita tengok keputusan mereka baru-baru ini. Tengok keputusan di Batu Sapi dan satu lagi parti iaitu Upko. Mereka hanya ada berapa kerusi?” soal Bumburing.

“Kenyataan Joniston (Bangkuai) baru-baru ini juga menyatakan PBS akan bertanding untuk menjadi rakan kongsi dominan, tapi bagi PCS, kita akan bertanding untuk menjadi kerajaan,” ucap Bumburing dengan penuh yakin.

Tidak dinafikan PCS mempunyai pemimpin yang berpengalaman luas dalam dunia politik. Bahkan pernah memegang jawatan sebagai dalam kabinet.

Contoh paling ketara ialah Anifah Aman sendiri yang menjadi Menteri Luar untuk tempoh sembilan tahun berpejabat di Wisma Putra.

Mahu membentuk kerajaan negeri, perlu kerjasama dan sokongan banyak pihak, bukan sahaja mandat yang diberi oleh rakyat Sabah.

Jadi, Bumburing ketika ditanya sama ada PCS sudah bertemu atau sedia bekerjasama dengan mana-mana parti pada PRN nanti, ini jawapannya, “ ia belum diputuskan”.

“Memanglah kalau pemimpin politik berjumpa, minum kopi itu perkara biasa tapi setakat ini kami belum putuskan perkara itu,” katanya.

Dalam pada itu, Bumburing berkata, walaupun PCS parti berbilang kaum yang berasaskan Sabah namun mereka bukan anti Melayu.

“Parti ini hanya anti polisi UMNO dan bukan anti Melayu,” katanya. – SM

(Visited 319 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button