Jenayah

Betty, isteri Guan Eng ditahan SPRM

SELEPAS beberapa jam Lim Guan Eng didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan rasuah, isterinya Betty Chew Gek Cheng  pula ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulang Pinang, hari ini.

Perkara itu disahkan peguam  Betty , Lee Khai, ketika dihubungi New Straits Times (NST).

Betty dilihat memasuki pejabat SPRM Pulau Pinang kira-kira 10.45 pagi tadi. Beliau yang menaiki kenderaan pelbagai guna ditemani peguam, Lee Khai dan adik perempuan Guan Eng, Hui Ying.

“SPRM menahan isteri Ahli Parlimen Betty Chew. Saya menemaninya untuk memberi keterangan. Hui Ying tidak terbabit, sebaliknya beliau membayar ikat jamin Betty kepada SPRM sebanyak RM50,000,” katanya.

Pagi tadi Guan Eng didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan meminta rasuah membabitkan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang

Setiausaha Agung DAP itu tidak mengaku salah atas tuduhan meminta rasuah daripada keuntungan yang bakal diterima oleh Pengarah Eksekutif Kanan Zenith, Datuk Zarul Ahmad Mohd. Zulkifli sebanyak 10 peratus.

Rasuah yang diminta itu atas kapasiti sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang adalah sebagai upah untuk membantu syarikat milik Zarul Ahmad dilantik untuk melaksanakan Prohek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di negeri itu.

.-SM

(Visited 338 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button