Politik

Bila kena batang tubuh mereka, habis dihina sistem kehakiman – KJ

KES mahkamah melibatkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendedahkan sikap double standard DAP dan Pakatan Harapan terhadap perjalanan undang-undang negara.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata, dalam tempoh kurang 24 jam telah banyak penghinaan serta herdikan yang dikeluarkan oleh pemimpin DAP dan PH terhadap proses undang-undang yang dihadapi oleh Guan Eng.

Ini termasuk menyifatkan tindakan undang-undang terhadap bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebagai satu bentuk pendakwaan bersifat politik dan penganiayaan politik.

“Malah dalam saluran media rasmi DAP sendiri telah menyatakan kononnya “tiada sebarang bukti kesalahan dapat dikemukakan” oleh pihak pendakwaan. Ini sangat pelik sebab perbicaraan belum lagi bermula, baru di peringkat bacaan dakwaan.

“Apabila kena batang tubuh mereka, habis dihina sistem kehakiman negara. Sedangkan hanya pada minggu lalu, mereka sanjung mahkamah apabila keputusan kes melibatkan pemimpin UMNO sesuai dengan kehendak mereka,” sindir Khairy Jamaluddin.

Menurut Ahli Parlimen Rembau itu, dalam tempoh dua tahun yang lalu ramai pemimpin UMNO dihadapkan ke mahkamah. Bagaimanapun ahli-ahli UMNO menghormati proses yang telah dibuat.

Justeru menurutnya, kalau yakin Guan Eng tidak bersalah mereka perlu kemukakan hujah dan bukti di mahkamah.

“Tidak perlu bermain dengan kad simpati dengan menghina proses undang-undang kononnya tidak bebas dan bermotifkan politik,” kata Khairy Jamaluddin.

Sejak malam tadi pemimpin pembangang dan Facebook pro-Pakatan Harapan mengeluarkan kenyataan dan poster solidariti bersama Ahli Parlimen Bagan itu selepas beliau ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Ada antara mereka menyifatkan penahanan dan pendakwaan terhadap Guan Eng merupakan tekanan politik. Guan Eng ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam tadi.

Pagi tadi Guan Eng di dakwa atas tuduhan meminta rasuah berhubung kes terowong dasar laut di Pulau Pihang di Mahkamah Khas Rasuah hari ini.

Beliau juga akan didakwa pada 10 Ogos di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang bawah akta yang sama.

Selain itu, Guan Eng juga dimaklumkan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang di bawah akta yang sama pada 11 Ogos ini bagi kes berlainan pula.-SM

(Visited 220 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button