EkonomiNasional

Kerjasama Petronas-ADNOC perkukuhan lagi hubungan perdagangan M’sia-UAE

HUBUNGAN bilateral di antara Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan Malaysia dijalin lebih kukuh dengan termeterinya kerjasama di antara Petronas dan ADNOC.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abd Aziz berkata, menerusi kerjasama yang terjalin itu, kedua-dua belah pihak dapat meneroka dan menilai “Unconventional Onshore Block 1” yang meliputi kawasan konsesi 2,000 kilometer persegi di Wilayah Al Dhafra.

“Alhamdulillah, semalam saya telah menyaksikan Petronas Abu Dhabi Sdn Bhd dan Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC) memeterai perjanjian yang bersejarah bagi Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menerusi kerjasama meneroka dan menilai Unconventional Onshore Block 1 yang meliputi kawasan konsesi 2,000 km persegi di wilayah Al Dhafra.

“Pemeterian perjanjian ini menunjukkan keupayaan bersaing syarikat-syarikat Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Ia juga mencerminkan hubungan rapat dua hala perdagangan Malaysia-UAEdan meningkatkan lagi silaturahim kedua-dua negara,” katanya.

Tengku Zafrul berkata demikian dalam catatan di Facebook akaun milik beliau hari ini ketika melakukan lawatan kerja ke UAE, Abu Dhabi.

Beliau berkata, antara yang hadir menyaksikan detik bersejarah itu ialah Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Hadir sama Presiden UAE, Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan, Menteri Industri dan Teknologi Maju UAE, Dr Sultan Ahmed Al Jaber merangkap Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif ADNOC dan Ketua Pegawai Ekeskutif Kumpulan PETRONAS, Datuk Tengku Muhammad Taufik.

Kata Tengku Zafrul, beliau menaruh harapan untuk melihat lebih banyak syarikat Malaysia berjaya di persada antarabangsa dan membuktikan lagi kebolehan Malaysia sebagai pesaing kelas pertama dalam kalangan pemain-pemain industri dunia. – SM

(Visited 179 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button