NasionalNegeri

Raja Muda sertai Kayuhan Berbasikal Keluarga Malaysia di Felda Chuping

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyertai Program Kayuhan Berbasikal Keluarga Malaysia, Teguh Bersama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Peduli di Felda Chuping, Perlis.

Program ini diadakan sempena sambutan Hari Belia Negara 2022 Peringkat Negeri Perlis anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Perlis.

Mengiringi Baginda pada program yang diurusetia oleh Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) adalah Timbalan Ketua Pengarah (Bahagian Pembangunan Belia) Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Dr. Zainah Shariff serta ketua-ketua jabatan serta agensi Negeri dan Persekutuan.

Upacara pelepasan disempurnakan oleh anakanda-anakanda baginda, Sharifah Farah Adriana Jamalullail dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Sempena program yang disekalikan dengan aktiviti MAIPs Peduli Bilangan Ke 60 bagi tahun 2022, Raja Muda berkenan menyantuni dan menyampaikan agihan zakat MAIPs kepada Yop Kassim, 72 di Kampung Kok Klang, Yusof Ibrahim, 51 di Kampung Padang Lengkuas dan Ismail Mat Hassan, 84 di Blok 9, Felda Chuping.

Masing-masing menerima RM700 setiap seorang.

Sepanjang kayuhan ini, Baginda singgah menyaksikan pertandingan tarik tali di Padang Felda, permainan tradisional guli dan congkak, pertandingan gubahan tuala yang dianjurkan sempena program ini selain melawat Shah Stable Felda Chuping.

Menyentuh mengenai sambutan Hari Kebangsaan Ke-65 pada 31 Ogos ini, Raja Muda menitahkan supaya rakyat bersama-sama menghayati dan menghargai nilai kemerdekaan dan memelihara kedaulatan negara ini untuk diwariskan kepada anak cucu kita dalam keadaan yang sebaik mungkin kelak. – SM

(Visited 259 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button