Nasional

GTSM mahu Menteri selesaikan isu ketidaksamarataan teksi & e-hailing

GABUNGAN Pertubuhan Teksi, Kereta Sewa, Limosin & Teksi Lapangan Terbang Se`Malaysia (GTSM) menyambut baik lanjutan tempoh pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang diberikan hari ini.

Yang di-Pertua GTSM, Kamarudin Mohd. Hussain berkata, pihaknya berterima kasih apabila pemansuhan ketetapan keperluan untuk membuat temujanji bagi urusan kaunter JPJ, bukan sahaja memberi ruang kepada masyarakat untuk memperbaharui lesen mereka malah secara tidak langsung dapat memudahkan orang ramai berurusan di kaunter-kaunter JPJ di seluruh negara.

“Kami kagum dengan kesungguhan dan keprihatinan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong yang bertindak pantas dalam tempoh 48 jam untuk menyelesaikan isu berkaitan keresahan rakyat (Lesen Memandu & Lesen Kenderaan Motor).

“Kami bersyukur rayuan yang telah kami buat sejak awal Ogos yang lalu kepada Yang Berhormat Menteri dan Ketua Pengarah JPJ telah diberi pertimbangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya lagi, tindakan proaktif itu sekaligus memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia yang hari ini begitu terkesan dengan pandemik Covid-19.


Walau bagaimana pun, kata Kamarudin, pihaknya hari ini menerima aduan daripada pemilik kenderaan yang mana mereka disaman Polis kerana Lesen Kenderaan Motor telah tamat tempoh.

Walau pun tempoh penangguhan yang diberikan terdahulu masih belum berakhir iaitu pada 31 September 2021, katanya. Sehubungan itu, kata Kamarudin lagi, mereka berharap pihak Kementerian akan melihat isu ini.

“Kami juga mahu melihat sesuatu dilakukan tentang isu ketidaksamarataan yang telah berlarutan sejak tahun 2014 lagi yang berlaku dalam industri teksi. Isu di antara perkhidmatan teksi dan e-hailing harus diselesaikan secara adil, tulus dan tuntas.

“Ketika ini, sekali pun kedua-dua perkhidmatan tersebut menjalankan aktiviti yang sama iaitu komersial namun wujud perbezaan di mana perkhidmatan teksi ditakrifkan sebagai komesial sedangkan e-hailing pula ditakrifkan sebagai persendirian,” tegas Kamarudin dalam kenyataan yang sama.

Tambah beliau, pihaknya percaya perbezaan tersebut diwujudkan bagi melindungi kepentingan syarikat kleptokrasi.

“Akta 333 Akta Pengangkutan jalan 1987 jelas menyatakan kenderaan persendirian tidak dibenarkan digunapakai sebagai kenderaan perdagangan.

“Justeru kami berharap isu ketidaksamarataan yang telah dan sedang berlaku di dalam industri teksi akan diakhiri secara tulus dan tuntas,” ujar beliau. – SM

(Visited 56 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button