AgamaNegeriRencah Hidup

Raja Muda rasmi Kempen Jom Ramadan di Perlis di Masjid Al-Hussain

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyaksikan sesi tandatangan Pengesahan Rukyah Hilal 1445H/2024M Negeri Perlis.

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat melancarkan Kempen Jom Ramadan di Perlis di Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis.

Ia diadakan sempena Majlis Cerapan Rukyah Hilal Ramadan 1445 Hijriah bersamaan 2024 Masehi di Menara Pandang masjid berkenaan yang dianjurkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) Negeri Perlis.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda kedua Baginda berdua iaitu Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan melancarkan Buku Terbaru Jabatan Mufti Negeri Perlis oleh Baginda Tuanku berjudul ‘Garis Panduan Pengurusan Jenazah Umat Islam Negeri Perlis’.

Majlis dimulakan dengan sesi Taklimat Mengenai Data Rukyah Hilal yang dikongsikan oleh Pengarah JUPEM Negeri Perlis, Mohd Khairani Md Yusop

Tuanku Syed Faizuddin Putra kemudiannya menyaksikan sesi tandatangan Pengesahan Rukyah Hilal 1445H/2024M Negeri Perlis dan disusuli dengan Pelancaran Buku Terbaru Jabatan Mufti Negeri Perlis oleh Baginda Tuanku berjudul ‘Garis Panduan Pengurusan Jenazah Umat Islam Negeri Perlis’.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berswa foto dengan sebahagian mahasiswa dan tiga pengiring dari Institut Addiniyyah Riau Indonesia yang sedang menghadiri program mobiliti di KUIPs.

Para hadirin selepas itu mendengar Taklimat Penerangan Asas lImu Falak / Astronomi yang disampaikan oleh Dr. Norshahrizan Mohd Hashim yang merupakan Pensyarah Kanan Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur, UiTM Cawangan Perlis.

Baginda turut berkenan menunaikan solat maghrib dan isyak secara berjemaah bersama para pemimpin negeri, anak jemaah yang hadir serta 25 mahasiswa dan tiga pengiring dari Institut Addiniyyah Riau Indonesia yang sedang menghadiri program mobiliti di Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) selama dua minggu. – SM

(Visited 48 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button