Rencah Hidup

COVID-19, PKP beri rezeki berlipat ganda buat HSA Cheaper Mart

SIAPA sangka di sebalik wabak penularan COVID-19 yang melanda negara kini, ia menyumbang rezeki berlipat ganda bagi pasar raya HSA Cheaper Mart yang beroperasi di Ukay Perdana.

Jika sebelum ini, jualan hanya sekitar RM300 sehari tetapi kini ia telah melonjak kepada RM10,000 sehari ekoran sambutan menggalakkan daripada pelanggan yang membuat tempahan secara online dengan menerima barangan terus ke depan pintu.

Pengasas pasar raya HSA Cheaper Mart, Datuk Muhamad Riduwan Safrizal berkata, lonjakan jualan ini dapat dilihat selepas arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasa sejak 18 Mac lalu bagi membendung penyakit membawa maut terus merebak dengan lebih serius.

SIAPA sangka di sebalik wabak penularan COVID-19 yang melanda negara kini, ia menyumbang rezeki berlipat ganda bagi pasar raya HSA Cheaper Mart yang beroperasi di Ukay Perdana.

“Kami menjual barangan runcit basah dan buah-buahan segar secara online dan menyediakan perkhidmatan penghantaran barangan terus ke rumah pelanggan.

“Perkhidmatan penghantaran menerusi pesanan WhatsApp kini telah meningkat hari ke hari dan menerima antara 50 hinga 100 tempahan sehari,” katanya ketika dihubungi di sini baru-baru ini, mengulas mengenai rezeki yang bertambah.

Pasar raya yang telah beroperasi sejak suku pertama tahun ini menawarkan pelbagai barangan makanan seperti ayam, ikan, daging, sayur-sayuran dan buah-buahan secara segar terus ke rumah tanpa perlu pergi ke pasar.

Lebih menarik, penghantaran kini telah meliputi sejauh 30 kilometer sehingga ke Setia Alam, Selangor  dengan minimum pembelian RM50.

“Isu kesuntukan masa ini tidak timbul lagi dan segala-gala rutin harian kitab oleh dilaksanakan hanya di hujung jari kita sahaja. Apatah lagi, ketika ini kerajaan hanya membenarkan ketua keluarga seorang diri sahaja yang keluar rumah membeli-belah ketika PKP.

“Jadi dengan perkhidmatan penghantaran barangan ini, golongan isteri berpuas hati dengan pembelian masing-masing,” jelasnya.

HSA Cheaper Mart merupakan pasar raya milik HSA Trading Capital Bhd. yang merupakan pengeluar dan pemborong produk muslim serta pengeluar produk makanan berjenama Sherwani.

Ketika tempoh PKP ini, pasar raya itu beroperasi seawal pukul 8 pagi hingga 8 malam setiap hari ini.

Mengulas mengenai rezeki yang betambah itu, Muhamad Riduwan menambah, tempahan jualan dalam talian disediakan bermula pukul 2 petang hingga 10 malam.

Jelasnya, ke semua penghantaran tempahan itu akan mula dihantar keesokannya harinya bermula pukul 10 pagi.

Tambah beliau, caj penghantaran mengikut harga yang ditetapkan oleh syarikat perkhidmatan penghantaran seperti Lalamove, Grab dan Bungkus It.

REZEKI di musim bencana… Penghataran barangan yang dipesan secara online.

“Kami menyediakan barangan basar yang segar dan murah kerana ia diperoleh daripada pasar borong berdekatan. Kesemua urusan tempahan, bungkusan dan penghantaran dibuat oleh kakitangan kami sendiri.

“Pengguna boleh membuat kaedah pembayaran ketika penghantaran sampai di rumah atau pun secara online.

“Ketika ini kami menggunakan tiga penghantar barang menggunakan kereta bagi menampung permintaan pelanggan,” katanya.

Selain itu, Muhamad Riduwan memberitahu, sebagai penghargaan kepada pengguna, HSA Cheaper Mart kini menggalakkan mereka mendaftar sebagai ahli dengan yuran RM50.

Tambah beliau, melalui pendaftaran tersebut,  ia akan membolehkan ahli memenangi wang tunai setiap minggu sehingga RM500 selain hadiah pakej umrah yang ditawarkan syarikat.

Untuk maklumat dan tempahan, orang ramai boleh menghubungi talian 019-400 8966. – SM

(Visited 324 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button