Nasional

Nasruddin mulakan tugas di YaDIM

AHLI Jawatankuasa Kerja Pas Pusat Nasrudin Hassan memulakan tugas sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YaDIM) hari ini.

Dalam ucapannya, Nasrudin menegaskan bahawa tanggungjawab yang dipikulnya sebagai peneraju sebuah badan dakwah utama di negara ini adalah amat berat.

Nasruddin berkata, usaha dakwah sentiasa memerlukan perubahan dan penambahbaikan sejajar dengan keadaan semasa yang sentiasa berubah.

Justeru menurut beliau, bagi menjayakan misi dan visi yayasan dakwah Nasruddin meminta kerjasama erat antara kakitangan amat diperlukan.

Dalam ucapan sulungnya di YaDIM itu, Nasruddin, turut menzahirkan penghargaan kepada kepimpinan terdahulu di atas usaha dan pencapaian yang telah dicapai.

Nasruddin telah dilantik sebagai Yang Dipertua YaDIM ke-14 berkuat kuasa pada 16 Julai lalu menggantikan anggota parti Amanah, Nik Omar Nik Abdul Aziz yang dilantik ketika era pentadbiran Pakatan Harapan.-SM

(Visited 126 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button