Nasional

PN komited tuntutan MA63 Sarawak

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan komitmen menilai kepada tuntutan Sarawak terutama yang melibatkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
“Alhamdulillah, lawatan kerja dua hari saya ke Sarawak berakhir dengan menghadiri program bersama kerajaan negeri, penjawat awam, beramah mesra dengan masyarakat setempat, lawatan ke medan niaga serta program Ziarah Prihatin,” katanya.
Turut sama dalam lawatan itu ialah YAB Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg dan pimpinan Kerajaan Negeri.
“Dalam setiap ucapan, saya tekankan komitmen Kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk menilai dengan adil semua tuntutan Sarawak, terutama yang melibatkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
“Saya beri jaminan hak-hak Sarawak akan terus dilindungi di bawah Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Kesempatan itu Muhyiddin turut berkunjung ke Restoran Mi Kolok Hj Salleh, bagi menikmati sarapan pagi.
“Restoran ini pernah saya sentuh ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) pada April tahun lalu.
“Sempat juga saya ke Medan Niaga Satok bagi Program Prihatin dan Penjana. Rata-rata peniaga yang saya temui menghargai pelbagai pakej bantuan yang disediakan Kerajaan kerana banyak membantu mereka meneruskan kehidupan dan perniagaan dalam situasi pandemik COVID-19,” katanya.
Di akhir lawatan, beliau berkunjung ke Blok Pusat Rawatan Harian, Hospital Umum Sarawak yang mampu merawat seramai 100 orang pesakit sehari.
Muhyiddin yakin di bawah kepemimpinan Ketua Menteri dan kerjasama Kerajaan Pusat, Sarawak akan mencapai kemajuan dan pembangunan pesat untuk muncul antara negeri paling maju di Malaysia.
(Visited 191 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button