Nasional

MCMC ingatkan masyarakat beli CBR daripada penyedia perkhidmatan sah

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini menasihati masyarakat agar hanya membeli alatan ‘booster’ atau CBR daripada syarikat penyedia perkhidmatan selular yang sah atau berdepan tindakan undang-undang.

Ini katanya bagi membendung gangguan spektrum yang melibatkan penggunaan CBR tidak mematuhi piawaian.

“MCMC telah mengeluarkan Garis Panduan Pembelian, Penggunaan dan Pemilikan berkuat kuasa 1 Januari lalu.

“Kegagalan mematuhi garis panduan ini merupakan kesalahan menurut Seksyen 239 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atau Peraturan 16 di bawah Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknikal) 2000 yang boleh dikenakan denda tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya,” kata MCMC dalam kenyataan.

CBR ialah alatan rangkaian mudah alih yang menambah kekuatan isyarat daripada stesen pemancar dan juga peranti mudah alih namun penggunaan alatan tersebut oleh orang ramai dan syarikat penyedia perkhidmatan secara berleluasa dan tidak teratur menyebabkan gangguan terhadap kualiti rangkaian selular dan jalur lebar mudah alih.


MCMC turut menasihati orang ramai agar  membuat aduan kepada syarikat penyedia perkhidmatan melalui saluran rasmi yang disediakan jika menghadapi masalah liputan.

(Visited 130 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button