NasionalNegeri

Raja Perlis berkenan lawat Ladang Superfruits Valley di Chuping

RAJA Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat mengadakan lawatan ke Ladang Superfruits Valley di Lembah Chuping, dekat Padang Besar.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Pengarah Urusan Syarikat Fig Direct, Robin Lim yang mengusahakan ladang tersebut.

Antara tanaman utama di sekitar ladang berkeluasan 50 hektar milik sepenuhnya anak tempatan ini adalah buah tin, gac, lemon dan markisa.

Selain itu ladang ini juga merupakan satu lagi destinasi agro-pelancongan yang menarik di Perlis untuk dikunjungi.

 

Sempena keberangkatan Tuanku Raja, Robin mempersembahkan taklimat mengenai segala produk keluaran ladang ini.

Beliau juga menjelaskan inisiatif terkini yang sedang dijayakan oleh pihak syarikat sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi jangka pendek dan juga panjang. – SM

(Visited 526 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button