fbpx
Politik

Pengumuman penting Anwar 12 PM

PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan satu sidang media khas pada pukul 12 tengah hari ini.

Menurut Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, Anwar akan melakukan satu pengumuman penting pada sidang media yang akan berlangsung di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur.

“Rakan-rakan media dijemput untuk hadir bagi sidang media penting ini, serta diingatkan agar sentiasa mematuhi segala SOP berkaitan Covid-19,” kata Fahmi dalam jemputan kepada media.-SM

 

(Visited 4 times, 1 visits today)


Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button