Nasional

Raja Muda Perlis seru rakyat prihatin tentang kesihatan

Kesihatan itu sesuatu yang amat bernilai di dalam kehidupan kita dan tiada galang gantinya. Oleh itu, mencegah penyakit itu lebih baik daripada mengubati.

Situasi masa kini adalah amat membimbangkan kerana terdapat penularan pelbagai jenis penyakit dan ada yang belum pernah dialami sebelum ini.

“Seluruh rakyat Perlis perlu mengubah gaya hidup dan perlu mengambil berat berkaitan tahap kesihatan masing-masing dan juga ahli keluarga tersayang dengan makan makanan yang seimbang, memperbanyakkan makan sayur dan buah-buahan serta melakukan aktiviti fizikal dan sukan secara berterusan”.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menghadiri ‘Program Hijrah Minda MAIPs Siri ke 16 / 2020’ yang diadakan di Masjid Al-Kauthar, Kg Paya, Beseri semalam.

Keberangkatan tiba baginda diiringi anakanda Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Perlis ACP Baderulhisham Baharudin, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis, Dr Hazman Hassan dan Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Perlis Khairul Anwar Ahmad.

Seramai 10 orang asnaf terpilih dari kalangan anak-anak kariah masjid tersebut menerima sumbangan agihan zakat MAIPs daripada Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs.

Turut diadakan terdahulu daripada itu ialah ‘Ceramah Hijrah Minda’ yang disampaikan oleh pegawai daripada AADK Negeri Perlis bertajuk ‘Merdeka Tanpa Dadah’.

(Visited 68 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button