Sukan

Besbol wanita sasar kejohanan dunia 2022

PASUKAN Besbol Wanita Malaysia (WBM), yang membuat penampilan sulung pada 23 Mei tahun lalu, mensasarkan layak ke Kejohanan Besbol Wanita Dunia 2022.

Setakat ini bagi mencapai sasaran itu pelbagai strategi telah dilaksanakan termasuk melayakkan diri untuk bertanding di divisyen 2 dan sekurang-kurangnya menjadi naib johan untuk ke menempatkan diri ke divisyen 1.

Pasukan empat terbaik divisyen 1 akan layak secara automatik ke Kejohanan Dunia yang diadakan dua tahun sekali dan kali ini berlangsung di Mexico.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Penaung Diraja Persekutuan Besbol Malaysia, semalam sempat meninjau persiapan pasukan berkenaan.

Tuanku Raja Muda menzahirkan kekaguman baginda dengan kegigihan pasukan berkenaan membuat persiapan dan kejayaan yang telah dicapai setakat ini.

Terdahulu baginda menyertai program kayuhan di sekitar Ampang Hilir disertai 44 peserta.

Bagaimanapun difahamkan atas beberapa masalah teknikal Persekutuan Besbol Malaysia (BFM) bersama OCM (Olympic Council of Malaysia), pasukan negara dinafikan hak untuk bertanding di Piala Asia.

Kini WBM tetap tidak putus asa, terus berusaha mencari jalan menyelesaikan kemelut ini bagi membolehkan mereka beraksi untuk negara.

Diharap ada pihak yang sudi membantu WBM dan sekali gus memajukan sukan besbol di negara ini yang mempunyai potensi besar di peringkat antarabangsa.

(Visited 162 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button