NasionalNegeri

Raja Muda Perlis rasmi Al-Ikhsan Sports di Kangar Jaya

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat merasmikan pembukaan kedai Al-Ikhsan Sports Warehouse Cawangan Kangar Jaya, Perlis semalam.

Ia juga merupakan cawangan ketiga syarikat berkenaan yang beroperasi di Perlis selain di Kompleks Niaga PKENPs, Kampung Bakau Kangar dan Kompleks Tok Arau.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)nya, Vach Pillutla, Ketua Pegawai Operasi (COO), lStephanie Tham dan Pengurus Pemasaran, Zechariah Ravin.

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalulllail tertarik dengan sehelai kemeja-T semasa merasmikan pembukaan Al-Ikhsan Sports Warehouse di Kangar Jaya, semalam.

Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd ialah penjual barangan sukan nombor satu Malaysia yang terlibat terutamanya dalam penjualan barangan seperti kasut sukan, pakaian dan pelbagai peralatan lain.

Al-Ikhsan Sports yang mula beroperasi sejak tahun 1993 itu telah memenangi pelbagai anugerah sepanjang penubuhannya termasuklah Anugerah Cemerlang ASEAN 2011 dan “Brand Of The Year” Award For Malaysia From World Branding Council United Kingdom 2019.


Perniagaan ini telah berkembang dengan pesat dan kini  mempunyai lebih 125 buah kedai yang terletak di seluruh Semenanjung Malaysia.

Selepas majlis tersebut Tuanku Raja Muda mengajak seluruh anggota masyarakat tanpa mengira usia dan jantina agar sentiasa mencari masa dan ruang untuk melibatkan diri dalam apa jua jenis sukan.

Titah baginda, pilihlah sukan yang diminati dengan mengikut kemampuan diri masing-masing sama ada riadah atau kompetitif secara berterusan sepanjang tahun untuk menghasilkan budaya ‘Rakyat Perlis Hidup Sihat Melalui Bersukan Dan Bersenam’.  – SM

(Visited 169 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button