NasionalNegeriRencah Hidup

Raja Muda Perlis lancar Promosi Masakan Perlis di Sandakan

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan melancarkan Promosi Masakan Perlis @ Sandakan, Sabah di Hotel Elopura baru-baru ini.

Keberangkatan tiba baginda ke program anjuran Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis bersama-sama Hotel Elopura itu disambut pemiliknya, Datuk Mohd Affendi Datuk Hamdan.

Antara juadah popular Perlis yang disediakan khas untuk majlis berbuka puasa oleh Datuk Zull Aznam Haron dan dibantu oleh pasukan chef daripada Hotel Elopura yang beroperasi di Sandakan Harbour Square pada kali ini adalah Kurma Daging Perlis; Gulai Tulang dengan Rebung; dan Pekasam Ikan Timah Tasoh.

Dalam titah Raja Muda menurut kenyataan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, selain daripada menu-menu enak tersebut, terdapat banyak lagi hidangan yang menarik di Perlis, antaranya Laksa Kuala Perlis; Pulut Mangga Harumanis; dan Pekasam Ikan Puyu.’

Baginda pasti hidangan ini akan menambat selera mereka yang merasa dan pada masa yang sama mengalu-alukan kedatangan semua untuk melawat ke Negeri Perlis kelak.

Tambah Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Pengerusi YTSP Perlis, banyak lokasi-lokasi menarik untuk dilawati di Perlis seperti keindahan Gua Kelam dan Taman Negeri termasuklah Wang Kelian View Point; Projek Transformasi DiRaja Kampung Nelayan Warna Warni Seberang Ramai Kuala Perlis; Empangan Timah Tasoh; Kangar Street Art; Superfruits Valley dan Ladang Kenaf.

“Lokasi pelancongan ini mempunyai daya tarikan tersendiri yang pastinya memberikan pengalaman dan memori tidak ternilai kepada setiap para pengunjung ke Perlis,” titah baginda. – SM

BACA Perlis wajar promosi budaya, makanan, alam semula jadi tarik pelancong Jepun – Raja Muda Perlis

BACA Promosi Makanan Perlis Ziarah Mahabbah tonjol makanan tradisi unik dan enak

(Visited 307 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button