Nasional

58% populasi dewasa lengkap dua dos vaksin

Sejumlah 13.580 juta orang atau 58 peratus populasi dewasa telah lengkap disuntik dengan dua dos vaksin Covid-19.

Labuan mencatatkan peratusan tertinggi jumlah populasi dewasa yang telah lengkap mendapat dua dos vaksin iaitu 92.6 peratus.

Diikuti Lembah Kelang yang meliputi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (86 peratus), Sarawak (85.7 peratus), Negeri Sembilan (73.4 peratus) dan Perlis (63.2 peratus).

Sementara itu, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) seramai 18.631 juta penduduk atau 79.6 peratus populasi dewasa telah menerima satu dos vaksin.

Semalam 420,164 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 155,004 dos pertama dan 265,160 dos kedua.-SM

(Visited 94 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button