Nasional

Warga emas rentung dalam kebakaran rumah kedai dua tingkat

Wartawan Suara Merdeka

MELAKA 29 Jun – Seorang warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah premis dua tingkat di Jalan Bunga Raya, Kampung Jawa dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 5.45 pagi itu, mayat Loh Yock Sit, 77, ditemui anggota dari Balai Bomba dan
Penyelamat (BBP) Melaka Tengah di dalam bilik air di tingkat dua rumah kedai yang menjual keranda terbakar hampir 80 peratus.

Anggota bomba menyelubung mayat warga emas yang rentung.

Ketua BBP Melaka Tengah, Timbalan Penguasa II Yazid Mohd. Tahir berkata, pihaknya menerima panggilan
kebakaran jam 5.49 pagi sebelum empat jentera bomba dikerah ke lokasi bersama 26 anggota.

Menurutnya, pihaknya juga mendapat bantuan daripada BBP Padang Temu dan Ayer Keroh bagi membantu
kebakaran yang berlaku.

“Sejurus tiba, api sedang marak membakar keseluruhan bangunan rumah kedai dua tingkat jenis kekal yang
menjual keranda di tingkat bawah.

“Kita mendapat maklumat awam ada seorang lelaki dipercayai berada dalam rumah kedai berkenaan dan
kebakaran berjaya dipadamkan kira-kira pukul 6.05 pagi

“Kita menemukan seorang warga emas yang telah rentung dipercayai bekerja di premis itu dan mungkin
terperangkap di dalam bilik air ketika api sedang marak ketika dia cuba menyelamatkan diri,” ujarnya
di sini hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Melaka untuk tindakan lanjut dan siasatan
lanjut berhubung punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

(Visited 225 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button