AgamaNegeriRencah Hidup

Raja Muda mengajak umat Islam bertakwa pada Allah, kembalikan keagungan masjid

Marilah kita bertaqwa kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala dengan mengembalikan keagungan masjid, ke dalam hati kita, titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda bertitah, bersegeralah untuk menuju kepadanya, dan memperbanyakkan duduk di dalamnya.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bersama rombongan Baginda berbual dengan jemaah Masjid Km 9, Phnom Penh, Kemboja.

“Marilah kita dengarkan motivasi yang pernah Rasulullah Sallallahu’alayhiwasallam katakan yang mendorong kita untuk bersegera mendatangi masjid dan iktikaf di dalamnya.

Mudah-mudahan kita menjadi insan yang sentiasa mengingati Allah Subhanahu Wa Ta’ala ketika senang juga sebaliknya,” titah Baginda.

Demikian titah Tuanku Syed Faizuddin Putra selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) untuk tujuan Aktiviti Dakwah dan Kemasyarakatan kepada Masjid Km 9 di Phnom Penh, Kemboja yang diterima oleh Imamnya, Muhammad Irshad Muhammad Noor.

Keberangkatan Tuanku Syed Faizuddin Putra adalah bagi menunaikan Solat Jumaat di masjid berkenaan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bersama rombongan Baginda menunaikan solat Jumaat di Masjid Km 9, Phnom Penh, Kemboja.

Baginda dan delegasi sebelum itu terlibat dengan perjumpaan bersama Mufti Kemboja, Oknha Kamaruddin Yusof di ibupejabat Majlis Tertinggi Pimpinan Umat Islam Kemboja.

Pada kesempatan yang sama Tuanku Syed Faizuddin Putra diperkenalkan kepada kepimpinan tertinggi Cambodia University Of Management And Technology, iaitu Presidennya, Dr Hosen Mohamad Farid, dan Rektor, Dr Nazy Slesx. – SM

(Visited 40 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button