fbpx
Nasional

Akuan bersumpah hanya khabar angin – Saifuddin

DAKWAAN terdapat sekumpulan ahli Parlimen menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai Perdana Menteri hingga tamat penggal adalah khabar angin, kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Katanya, beliau ada membaca laporan berkenaan yang disiarkan Sarawak Report namun perkara itu tiada dalam pengetahuannya.

“Tidak ada pengesahan (mengenai SD). Tidak ada sesiapa yang tampil (untuk mengesahkan),” katanya yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Saifuddin Nasution ditemui pemberita selepas menghadiri sesi dialog antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan pemain industri mengenai impak COVID-2019 di sini, hari ini.

Semalam, Sarawak Report memetik sumber mendakwa ahli Parlimen dari UMNO, Pas, Bersatu selain ahli Parlimen PKR yang memihak kepada Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah digesa untuk datang ke Kuala Lumpur bagi menandatangani SD itu dalam tempoh 48 jam.

Ditanya sama ada beliau turut dipelawa oleh mana-mana pihak untuk menandatangani SD, Saifuddin Nasution berkata: “Setakat yang saya semak tidak ada pun. Bagi saya, ia hanyalah satu khabar angin.” – BERNAMA

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button