Nasional

Moratorium enam bulan Bank Rakyat kepada mangsa banjir

PEMINJAM yang membuat pinjaman dengan Bank Rakyat dan dalam masa sama terjejas akibat banjir boleh menarik nafas lega terhadap komitmen mereka.

Ini kerana, Bank Rakyat menawarkan moratorium pinjaman selama enam bulan kepada mereka bagi meringankan beban mereka ketika dua krisis melanda negara.

Ditambah pula dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)2.0 bagi membendung wabak Koronavirus (Covid-19), ia semestinya membimbangkan pelanggan.

Justeru, peluang ini akan memberikan ruang kepada pelanggan untuk menyusun semula perancangan kewangan masing-masing supaya dapat mengutamakan keperluan ketika tempoh PKP atau PKP Bersyarat (PKPB).

“Sebagai bank yang prihatin, Bank Rakyat memahami kesukaran yang dihadapi pelanggan termasuk individu dan usahawan berikutan bencana ini lebih-lebih lagi selepas kerajaan mengetatkan pelaksanaan PKP 2.0 di seluruh negara baru-baru ini.

“Justeru, inisiatif yang diambil Bank Rakyat ini diharapkan dapat memberikan impak positif serta membantu meringankan beban yang ditanggung oleh masyarakat.”

Kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dalam satu kenyataan hari ni yang menyambut baik inisiatif Bank Rakyat itu.

Malah, ini adalah usaha berterusan Bank Rakyat yang sebelum ini mengumumkan peruntukan bantuan khas kepada mangsa banjir berjumlah RM500,000.

Ia diagihkan menerusi pejabat wilayah dan cawangan Bank Rakyat khususnya di sekitar kawasan yang terjejas.

Pelanggan Bank Rakyat yang menghadapi kesukaran untuk meneruskan pembayaran pembiayaan mereka akibat terkesan dengan bencana ini boleh memohon bantuan moratorium ini bermula 20 Januari 2021.

Antara produk Bank Rakyat yang ditawarkan untuk bantuan moratorium ini termasuk, Pembiayaan Peribadi-i, Pembiayaan Perumahan-i, Pembiayaan Kenderaan-i, Sewa Beli Kenderaan-i, Pembiayaan Pendidikan-i dan Pembiayaan Mikro-i.

Pelanggan boleh menghubungi Bank melalui e-mel [email protected] (Sila sertakan nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat terjejas, nombor telefon bimbit untuk dihubungi, jenis pembiayaan dan salinan bil utiliti yang mengesahkan alamat pelanggan).

Pelanggan juga boleh menghubungi Pusat Panggilan di talian 1300800800 dan mengunjungi cawangan Bank Rakyat atau Susulan Berpusat Wilayah yang berdekatan. – SM

(Visited 409 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button