Sukan

Pusat Asasi UiTM juara Sukan Asasi Malaysia 2020

Pusat Asasi UiTM telah berjaya muncul Juara Keseluruhan Sukan Asasi Malaysia (SAM) 2020 yang telah berlangsung baru-baru ini di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang dipilih sebagai tuan rumah bagi edisi ketiga kejohanan pada tahun ini. 

Asasi UiTM telah memperolehi 9 Pingat Emas, 5 Perak dan 8 Gangsa manakala Universiti Putra Malaysia (UPM) berada di kedudukan kedua keseluruhan dengan 6 Pingat Emas, 8 Perak dan 3 Gangsa manakala tuan rumah UNIMAS berada di kedudukan ketiga keseluruhan dengan 5 Emas, 3 Perak dan 3 Gangsa.

UiTM merangkul pingat Emas di dalam acara Olahraga sebanyak 5 pingat Emas, Badminton 2 Pingat Emas, Futsal Lelaki 1 Pingat Emas dan Esport FIFA2019 1 Pingat Emas.

Kejohanan edisi ketiga ini telah melibatkan penyertaan sebanyak 13 buah Universiti & Matrikulasi Malaysia.

Sebanyak 7 buah acara dipertandingkan bagi edisi kali ini iaitu Olahraga, Futsal, Badminton, Karom, Bola Jaring, Sepak Takraw dan ESport yang menawarkan 27 pingat Emas yang melibatkan penyertaan seramai 700 atlet di kalangan para pelajar di mana objektif utama kejohanan ini  bagi memberi peluang atlet-atlet muda untuk mengetengahkan bakat yang ada pada mereka.

“Saya rasa sangat berpuas hati dengan pencapaian yang sangat cemerlang semua atlet asasi UiTM di  kejohanan pada tahun ini di mana para atlet telah membuktikan komitment dan semangat juang yang tinggi sepanjang acara berlangsung.

“Ini secara tidak langsung mengubat kekecewaan pada tahun lepas di mana kami gagal menjadi Juara Keseluruhan. Alhamdulillah sasaran menjadi Juara Keseluruhan tercapai dan saya amat berbangga dengan pencapaian pada tahun ini.

“Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua”, kata Zaidi Yacob sebagai Ketua Kontijen Pusat Asasi UiTM.

“Semangat tidak pernah putus asa dan bekerja keras di dalam latihan nampaknya membuahkan hasil sehingga kami dapat memperolehi pingat emas dalam acara badminton beregu lelaki”, kata Muqri pemain badminton asasi UiTM.

Majlis penutup kejohanan telah diadakan dengan penuh meriah dan Universiti Malaya (UM) telah dipilih menjadi hos Kejohanan Sukan Asasi Malaysia (SAM) bagi edisi keempat pada tahun 2021.

(Visited 1,120 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button