Nasional

Majlis Pelajar UiTM desak tindakan terhadap Roshana

UiTM ada manifesto, zahirkan!

BUKANKAH sudah dikatakan, kerana nila setitik, rosak susu belanga. Nama baik institusi pengajian tinggi awam, Universiti Teknologi Mara (UiTM) tercalar ekoran perbuatan pensyarahnya Roshana Takim yang menghina bukan sahaja pelajar miskinnya tetapi seluruh kolompok B40.

Berkelulusan tinggi sebagai Prof. Dr. Ts tindakan Roshana diselar oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM yang dalam kenyataannya hari ini menyifatkan, tindakan pensyarah itu luar norma dan tidak beretika terhadap seorang mahawiswa.

MPP UiTM dalam kenyataannya mengulang sejarah penubuhan IPTA tersebut (dari taraf Institut Teknologi Mara (ITM) menjadi taraf universiti (UiTM) adalah bagi membantu mahasiswa Melayu dan Bumiputera untuk mendapatkan pendidikan di peringkat tertinggi.

Oleh itu, menurut MPP UiTM, kenyataan menghina dan memperlekeh golongan B40 adalah tidak wajar dibuat oleh mana-mana pihak.

Yang diPertua MPP UiTM, Rasydan Mohd. Hassan berkata, sebagai wakil seluruh keluarga MPP UiTM, mereka mendesak pihak pengurusan tertinggi universiti untuk membuat siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya serta selayaknya terhadap Roshana.

“Ini kerana pensyarah tersebut telah merosakkan imej universiti dan dia perlu memahami keadaan negara yang sedang berhadapan dengan situasi Covid-19 yang menyebabkan hampir semua rakyat Malaysia berhadapan dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil,” katanya.

Manifestasi yang sering disuarakan oleh pihak pengurusan universiti bahawa mahasiswa adalah tonggak universiti perlulah dizahirkan dengan mengambil tindakan tegas terhadap pensyarah berkenaan dan juga terhadap mana-mana pihak yang membuat tindakan yang sama selepas ini, katanya. – SM

(Visited 383 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button