BeritaPendidikan

Program SULAM UiTM Shah Alam di Felda Sungai Tengi Selatan

Seramai 33 orang pelajar daripada Kelas Kokurikulum Khidmat Komuniti Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam telah melaksanakan satu program khidmat masyarakat iaitu program khidmat komuniti Service Learning Malaysia (S.U.L.A.M) di bawah anjuran Pusat Kokurikulum UiTM Shah Alam.

Program tersebut telah dijalankan selama 3 hari bermula dari 6 Disember 2019 hingga 8 Disember 2019 lalu bertempat di Felda Sungai Tengi Selatan, Kuala Kubu Bharu,

Program ini dianjurkan adalah untuk meringankan beban pihak pengurusan dan penduduk Felda Sungai Tengi Selatan dan juga sebagai platform untuk peserta dan penduduk felda berkongsi kepakaran dan ilmu masing-masing. 

Program ini telah melibatkan seramai 12 buah keluarga angkat yang terdiri daripada penduduk felda. Pelajar telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberi satu keluarga angkat untuk setiap kumpulan tersebut. Perkara ini adalah untuk mengeratkan hubungan dan ukhwah antara peserta dan penduduk felda.

Kawasan tumpuan untuk projek ini adalah kawasan Dataran Alam, Felda Sungai Tengi Selatan. Antara skop aktiviti yang dijalankan di kawasan tersebut adalah pembersihan sungai, melukis mural, penanaman pokok hiasan, pengindahan kawasan lanskap dan kawasan Maze Runner.

Para peserta telah dibahagikan kepada beberapa buah kumpulan dan diberikan skop aktiviti masing-masing supaya aktiviti tersebut dapat dilaksanakan dengan lancar dan jayanya.

Pada malamnya pula, para peserta telah mengadakan malam kebudayaan di dewan felda tersebut dimana setiap peserta dikehendaki berkongsi ilmu dengan membuka Booth Akademik untuk penduduk felda tersebut.

Selain itu, antara pengisian aktiviti yang lain ialah lawatan ke ladang kelapa sawit pada hari terakhir program tersebut. Melalui aktiviti ini, peserta telah diberi pendedahan tentang cara-cara penjagaan pokok kelapa sawit  dan penghasilan minyak kelapa sawit oleh pegawai pengurusan ladang kelapa sawit tersebut.

Sementara itu, ketua peneroka Felda Sungai Tengi Selatan pula mengakui bahawa mereka amat bersyukur kerana kehadiran peserta Program SULAM ini telah banyak membantu felda tersebut.

“Kedatangan pihak UiTM Shah Alam ke Felda Sungai Tengi Selatan ini telah membawa sinar untuk kami meneruskan usaha mencantikkan dan mengindahkan Felda Sungai Tengi Selatan ini” tambahnya di dalam ucapan beliau ketika di majlis penutupan program tersebut.

Beliau juga berharap program ini dapat dijalankan secara berterusan pada masa akan datang.

(Visited 1,921 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button