Nasionalpilihan

Projek Kapal Pesiar Antarabangsa Melaka siap 2026

Projek Terminal Kapal Pesiar Antarabangsa Melaka (MICT)
di Melaka Gateway Pulau Melaka dekat sini membabitkan kos keseluruhan bernilai RM9 bilion dijangka siap beroperasi pada 2026.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, apabila siap terminal terbesar di Asia Tenggara itu, kerajaan negeri menjangkakan bakal menerima pertambahan sebanyak 15.8 juta pelancong iaitu 5.8 juta pelancong domestik manakala selebihnya adalah pelancong asing.

Menurutnya, kerjasama antara KAJ Development Sdn. Bhd. dan Global Port Holdings (GPH) merealisasikan projek tersebut menjadi kenyataan dan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2036.

Beliau berkata, beliau percaya pelancong kapal siar antarabangsa akan menjadikan Melaka sebagai hab untuk kapal persisir dari Singapura hendak ke Phuket, Thailand singgah di MICT.

“Sebagai salah satu projek terpenting yang dibangunkan di Pulau PME1 Projek Melaka Gateway, saya yakin, MICT akan memacu ekonomi negeri Melaka serta Malaysia secara keseluruhannya.

“Projek terminal ini juga akan mengubah industri pelancongan Melaka daripada ekonomi hujung minggu kepada ekonomi 365 hari.

“Saya pernah cakap nak bawa Melaka ke dunia luar payah sikit tetapi Melaka lebih mudah bawa dunia ke dalam Melaka. Jadi dunia akan melihat Melaka dengan kaedah pelancongan,” ujarnya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Melaka International Cruise Terminal Sdn. Bhd. (MICTSB) dan GPH di Seri Negeri di sini hari ini.

Pada majlis tersebut KAJD diwakili Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Dr. Dr. Daing A. Malek Daing A.Rahaman manakala GPH pula melalui Ketua Pegawai Operasinya, Stephen Xuereb.

Mengulas lanjut Ab. Rauf berkata, beliau yakin kemampuan GPH untuk mengurus, memasarkan, mempromosi dan mengendalikan Projek MICT ini dengan lebih efisien dan bersistematik.

Menurutnya, ini kerana GPH adalah sebuah syarikat pengendali pelabuhan pesiar terbesar di dunia.

“Antara pelabuhan yang dikendalikan oleh GPH ialah di Caribbean, Mediterranean, rantau Asia Pasifik, termasuk pelabuhan komersial di Montenegro,” ujarnya.

Jelasnya, apabila siap sepenuhnya MICT mampu menampung dua unit Kapal Kelas Oasis di dermaga luar dan satu unit Kelas Kuantum serta satu unit kapal pesiaran Voyage of the Sea di Dermaga Dalaman secara serentak.

Menurutnya, projek itu akan mewujudkan antara 45,000 hingga 60,000 peluang pekerjaan kepada penduduk di negeri ini.

“Ini sekali gus akan mengubah Melaka menjadi sebuah negeri dengan ekonomi berdaya saing yang menawarkan jumlah pekerjaan bernilai tinggi,” ujarnya.,- SM

(Visited 60 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button