Nasionalpilihan

Awang Sariyan minta Agong pertimbangkan gencatan politik

PROF. Datuk Seri Dr. Awang Sariyan hari ini menyembah maklum kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Agong agar menimbangkan gencatan politik yang sedang melanda negara.

Menyokong penyerahan memorandum oleh 175 daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO), Awang Sariyan berkata, amat penting Tuanku Agong mempertimbangkan gencatan politik ini.

“Patik sebagai salah seorang rakyat di negara yang tercinta ini dan tidak berpihak daripada mana-mana kelompok, merafak sembah memohon Tuanku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menimbangkan rayuan 175 Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan agar Tuanku menimbangkan gencatan politik dalam keadaan negara masih dilanda wabak Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pada hematnya, tumpuan dan perhatian para pemimpin dan ahli parlimen wajar diberikan perhatian kepada menangani wabak tersebut.

“Dan sebarang rancangan pertukaran kerajaan wajar ditangguhkan kepada waktu yang lebih sesuai demi maslahah, kesejahteraan dan kesihatan rakyat seluruhnya.

“Sembah harapan patik ini berlunaskan kedudukan dan martabat Tuanku sebagai payung negara yang dapat merungkaikan sebarang kemelut dan khilaf yang berlaku dalam kalangan pihak-pihak tertentu,” ujar beliau. – SM

(Visited 390 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button