Nasional

Vaksin berhasil, Lembah Kelang ada sinar di hujung terowong

SEORANG petugas barisan hadapan yang merupakan seorang doktor melahirkan rasa kegembiraan bahawa kes Covid-19 di Lembah Kelang mempunyai harapan untuk reda.

Menulis di Facebooknya, Dr. Hana Hadzrami berkata, kegelapan yang menyelubungi Lembah Kelang akibat Covid-19 sudah menampakkan cahaya di hujung terowong.

Menurut Pakar Anestesiologi dan Rawatan Rapi itu, kemasukan pesakit Covid dalam kalangan warga emas semakin menurun dan jumlah pesakit kritikal juga semakin berkurangan.

“Sebenarnya dari minggu lepas saya simpan khabar gembira ini. Kami di Lembah Klang sudah mulai nampak titik cahaya dihujung terowong yang gelap. Samar-samar tapi penuh harapan.

“Awal Julai kami dapati kemasukan pesakit Covid warga emas mulai menurun. Minggu lepas jumlah kemasukan pesakit warganegara mulai menurun. Majoriti yang datang adalah warga asing.

“Referral dari ED kepada team ICU untuk pesakit Covid kritikal semakin berkurang. Kalau dulu, mayat berbungkus berselang-seli dengan katil pesakit hidup dengan canvas memenuhi segenap ruang di ED. Sekarang dah nampak lantai,” katanya.

Tambah beliau, jumlah pesakit kategori ringan mungkin masih ramai tetapi mereka cuma perlukan pemantauan dan rawatan di wad sahaja.

Walaupun terdapat pesakit Covid-19 kritikal di masukkan ke unit rawatan rapi kebanyakkan terdiri dalam kalangan warganegara yang menolak vaksina.

Katanya, ada juga pesakit Covid-19 kritikal dari kalangan yang divaksin namun mereka sembuh sangat cepat berbanding yang tak divaksinkan langsung.

“Pesakit kami yang dah divaksinkan perlu bantuan pernafasan hanya 3 hingga 4 hari berbanding 2 hingga 3 minggu pesakit lain yang tak sempat menerima vaksin. Mereka pulih dengan X-ray dada yang bersih.

“Berbanding dengan majoriti yang rabak paru-parunya. Belum masuk yang dah meninggal. Jumlah pesakit di ICU kami masih ramai. Hasil sebulan lepas punya kemasukan. Jumlah mereka yang BID pun masih ramai. Kita belum lagi menang.

“Tak sabar nak jadi macam Sarawak. Di sana pesakit Covid kritikal di ICU hanya 3 orang. Sejajar dengan kelajuan dan keluasan kadar vaksinasi mereka. Kita berusaha dan bertawakkal. Insya-Allah vaccine works!” katanya.-SM

(Visited 690 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button